Tentang Cinta

11:27:00 PM

 

Ketika Nabi Adam a.s melihat sepasang burung yang bercinta, timbullah perasaan cinta dalam hati baginda. Lalu allah s.w.t menciptakan Siti Hawa a.s untuk mwlwngkapkan perasaan tersebut. Malangnya disebabkan cinta kepada makanan (buah khuldi) dalam taman larangan menjadi lambing nafsu disebabkan kehidupan duniawi yang menyebabkan baginda dicampakkan ke dunia.
               
Dan cinta juga menaikkan semangat Nabi Adam a.s untuk menyeberangi Titian Adam daripada puncak pergunungan Sri Lanka ke benua kecil di India. Lantas baginda mengharungi hutan belantara, gunung-ganang menapak di padang pasir dan merentas benua.

Korban Percintaan


Kesusahan ini melambangkan pengorbanan cinta semata-mata untukj bertemu kekasihnya Siti Hawa di padang Arafah. Sedangkan Siti Hawa cuma bekorban dari Jeddah (Siti Hawa diturunkan dari Syurga) ke padang Arafah. Padang Arafah merupakan symbol penyatuan umat seluruh dunia. Di situ jugalah Rasulullah menyampaikan khutbatul wida’ (khutbah terakhir sebelum wafat)

Cinta bertemu di padang Arafah. Kecintaan kepada Allah berhimpun di padang Arafah. Dan Rasulullah menyimpulkan kecintaan baginda kepada umatnya juga di padang Arafah.

Percabulan Cinta


Begitu sucinya cinta, tetapi kenapa cinta dicabuli oleh umat pada akhir zaman dengan perlakuan yang murahan? Cinta akhir zaman bercampur baur dengan nafsu kehaiwanan. Namun, cinta suci tetap wujud. Selagi bulan dan matahari belum terbit di ufuk barat, pertembungan sifat malaikat dan syaitan ini akan bertarung di medan dunia syahadah.
Orang yang berjaya mengawal nafsunya akan dikalungkan dengan mahkota cinta suci. Tetapi orang yang tewas hanya mendapat cinta murahan dan nikmat sementara yang tetap akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak.

Cinta Murahan


Sayang seribu kali sayang, anak muda dalam kalangan generaso siber hari ini amat mudah tertarik dengan pujuk rayu syaitan. Syaitan datang membawa peralatan yang lengkap seperti harta, wanita, dan takhta. Syaitan mmenggunakan media globalisasi sejagat yang disokong dengan konco-konconya yang bernama hiburan, dadah, kemodenan, dan isme-isme yang karut-marut.  
Anak remaja hari ini perlukan jati diri yang mantap dan pendirian yang kukuh. Dada mereka mestilah didindingi oleh iman yang utuh. Mulut mereka mestilah dibasahi dengan zikrullahdan ayat-ayat suci Al-Quran serta hadis nabi. Jasad mereka mesti membesar dengan makanan yang halal lagi bermutu.

Raja Hati


Anggota pancaindera mereka mesti bergerak berdasarkan arahan raja hati (qalb) nan sejahtera seluruh sinaran mata, pendengaran telinga, sentuhan jari-jemari, hembusan nafas turun naik, dan bertasbih kepada Allah s.w.t, tunduk dan patuh kepada-Nya.

Jika tepat pada masa, ketika, keadaan, dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar bias yang tiada bandingnya.

To be continue .. :)

You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. nak dapatkan cinta suci agak susah tp tak mustahil...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/09/kenalilah-bapa-anda.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD