Take care of your Iman :)

9:20:00 PM


http://i.imgur.com/2Wj3M.jpg

 Assalamualaikum. :) Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.
 
Rasulullah SAW ada bersabda, berkenaan pentingnya untuk kita memjaga hati:

“Di dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu itu, maka baiklah seluruh tubuh, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh. Dan ketahuilah bahawa itu adalah hati” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Sebab itu, kebanyakan manusia mampu merasa satu urgensi untuk menjaga dan membersihkan hati mereka. Cuma, biasanya manusia sukar untuk bertemu dengan solusinya. Kenapa kita masih tidak dapat membersihkan hati kita? Mungkin itu persoalan yang kita fikirkan dalam kehidupan kita.

Hal ini kerana, di dalam diri kita, kita masih menyimpan rasa cinta dengan dosa.

Sahabat saya, Sahel bin Nordin pernah memberikan satu analogi berkenaan cara membersihkan hati.

“Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang. Malah, air jernih itu yang akan dikotorkan. Tetapi, kalau kita isi air jernih, kita cuci, kikis kotoran-kotoran dalam cawan itu, kemudian kita terus lagi isi air jernih, insyaAllah, kotoran dalam cawan akan hilang, dan air di dalam cawan hanya tinggal air yang jernih”

Pada masa yang sama, sahabat saya Ammar bin Ismail menambah,

“Macam air cawan yang bekas orang guna untuk minum kopi la. Masa serbuk-serbuk, keladak kopi tu masih ada lagi dalam cawan, kalau kita isi air jernih, air tu akan jadi hitam. Yang perlu kita buat adalah buang keladak dan serbuk kopi tu dulu”

Ya, masalah untuk kita membersihkan hati kita adalah apabila, kita tidak terlebih dahulu merengkuh kecintaan kita kepada dosa-dosa kita. Kita masih suka melihat perempuan yang tidak tutup aurat, kemudian kita hendak khusyuk dalam solat? Kita masih suka berjudi, kemudian kita hendak minta wujudkan hati yang sensitif dengan arahan Allah? Kita suka berbohong, kemudian kita bercita-cita hendak menyelamatkan dunia dari kemungkaran?

Hilal Asyraf ( Official )
p/s : Please, jangan bazirkan perasaan pada yang bukan pasti milik kita, Jaga diri dan simpan perasaan tu untuk yang sah sahaja.❤ Save your feeling and heart for someone who deserve it. Jangan persia-siakan perasaan tu untuk insan yang tak tahu menghargai :)

You Might Also Like

1 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD