Demi mencari redha Allah, aku lepaskan mu :')

10:17:00 PM

 

Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Tadi, blogwalking kat favourite blog then terjumpa entry ni. Allahu, tersentuh sangat :) So, fafa nak share. Err, situasi sama -,-

Dengan ini, fafa merasmikan entry tu -,- Hehehe.. apakah ?


"

DULU aku menyukainya kerana peribadinya. Dia seorang lelaki yang baik. Punya rupa paras yang mampu membuat ramai wanita ingin mendampinginya. Dia seorang lelaki yang sangat menghormati diriku. Dia sering menegur ku seandainya percakapan ku terlalu kasar dan mungkin tidak melambangkan ciri-ciri wanita yang solehah.

DULU dia sering menasihatiku dan mengingatkan ku tentang tugas ku sebagai seorang wanita dan sebagai seorang muslim. Kadang-kala apabila punya masa, dia akan menghubungiku. Sedikit nasihat dan kata-kata semangat sering dilontarkan kepada ku.

Tetapi, semakin lama keakraban kami menjadi fitnah dimata orang-orang sekeliling. Pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada kami. Dan seperti biasa, dia akan menasihatiku agar bersabar menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi pada masa hadapan. Sebagai seorang insan biasa, hatiku semakin terusik dengan keprihatinannya. Aku berasa bangga dapat mengenalinya.

Setelah sekian lama, tiba-tiba suatu hari hatiku terdetik. Adakah Allah redha dengan hubungan seperti ini? Selalu berhubung dan berjumpa. Allahu, banyak perkara-perkara yang lagha yang telah kami lakukan tanpa kami sedari. Walaupun tidak bersentuhan tetapi zina hati tetap terjadi.

Aku terus muhasabah diri. Mencari-cari apa erti kehidupan ini yang sebenarnya. Merenung semula apa yang telah aku lakukan sepanjang hayatku di dunia ini. Berapa banyak dosa yang telah aku pikul selama ini. Dan berapa banyak pula pahala yang telah berjaya aku kumpul. Hanya Allah yang tahu akan semua itu.

Kata orang, jika kita terlalu sayang akan seseorang pasti kita tidak akan sanggup untuk meninggalkannya. Malah ditinggalkan oleh orang yang disayang pun terasa sangat berat. Itu yang aku rasakan setiap kali aku cuba menjauh darinya. Sehinggalah suatu hari, aku katakan padanya bahawa aku ingin meninggalkannya.

Dia yang pada ketika itu cuba untuk bangkit setelah lemah diuji dengan ujian persahabatan, sekali lagi terluka dengan kata-kata ku. Walaupun pada hakikatnya aku sendiri yang berasa sakit yang teramat, tapi demi kebaikan kami berdua aku harus mengatakan hal yang sebenarnya.

Aku cuba untuk menjelaskan kepadanya dan Alhamdulillah sedikit sebanyak dia boleh menerima keputusan ku. Tentang perasaan ku, biarlah tersimpan rapi. Cukuplah aku dan Allah SWT sahaja yang tahu. Yang pasti, aku cuba untuk menjarakkan diri ku dengan dirinya. Aku tidak mahu apabila kami semakin akrab, kami sama-sama jauh daripada cinta yang hakiki. Ya, cinta Allah SWT. "

Untuk dia yang sangat ku hormati,
"Semoga Allah merahmati hidup mu sekeluarga. Walaupun sekarang mungkin ada jarak dalam hubungan kita, tetapi percayalah ini untuk kebaikan masing-masing. Saya tak nak Allah marah pada kita sebab kita tak jaga batas pergaulan. Jika diizinkan Allah, suatu hari nanti kita pasti akan bertemu. Dalam pertemuan yang diredhai oleh Allah. Jaga diri, iman, dan pandangan awak. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk awak. La tahzan, innallaha ma'ana"
Tersentuh. mulai sekarang, kakak ni idola fafa :) Sebenarnya ramai lagi idola fafa selain Nabi SAW. Tapi, dia kan sekolah menengah jugak, sama macam fafa, form 5 this year. So, banyak jugak persamaan :) Hehehe, good luck SPM kak ! Walaupun fafa tak kenal dia, ( hanya melalui twitter dan blog ) tapi, kesungguhan dia, Ya Allah, hanya Dia yang tahu, betapa kagumnya fafa. InsyaAllah, dalam berhijrah ke arah yang lebih baik. Smile :)

Assalamualaikum :)

You Might Also Like

1 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD