Pray For Gaza !

4:14:00 PM

 

Assalamualaikum !
Bismillahirrahmanirrahim. In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers.

Jarang update blog kan ? Hmm, -,- Seriously, kalau update, memang takde orang nak baca. Lagi-lagi kalau entry fafa berunsurkan merapu meraban. Otak pun kekeringan idea. Kesian-kesian-kesian. Fafa lebih suka mencurah RASA kat blog yang satu lagi. Mihmihmih :D So, errrr, malas nak taip banyak-banyak -,- let's pray for Gaza.


Sehingga kini beratus-ratus saudara kita di Gaza telahpun gugur lantaran diganyang peluru Zionis. Kita merasa cukup ‘helpless’ mendengar berita-berita yang sampai. Apa yang boleh kita lakukan?

Setidak-tidaknya seharusnya kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita serta kemenangan dan kemuliaan Islam. Berikut dinukilkan beberapa doa yang mungkin boleh dipanjatkan di dalam munajat sdr semua di celah-celah keheningan malam sdr bertahajjud, ataupun bila-bila masa sesuai, insya Allah.
Apapun peristiwa ini menuntut kita semua untuk:

(a) Bersatu sebagai satu umat Tauhid dan melupakan semua perbezaan furuk dan cabang.
(b) Bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai cita-cita dan hasrat yang sama.
(c) Menyumbang apa sahaja wang ringgit, derma, doa serta sokongan moral.
(d) Memperkasakan da'wah dan tarbiyah agar dalam jangka masa panjang kita berjaya halang kekejaman ini secara permenant.



Doa: ( sila klik image untuk tumbesaran sihat lagi kuatt :D



"Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya)?"



"Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu."



"Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam."



"Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya."

And, kalau boleh, boikot ! boikot ! boikot ! Semoga Allah memperkenankan doa kita. InsyaAllah. Wallahua'lam.


Syukran Jazilan for reading. Mohon maaf jika terkasar bahasa. Andai mengguris perasaan. Merobek jiwa. Blablablabla. And so on.


Assalamualaikum :)

You Might Also Like

3 Commentor(s)

  1. subahanaAllah :'( seriously kesian nye dekat dye org. semoga israel mendapat balasan satu hari nanti. amin :/

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, sama-II kita berdoa :)

    ReplyDelete
  3. Pray for Gaza
    moga Allah lindungi mereka

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD