Puasa Hari Asyura Bulan Muharram

1:40:00 PM

 


Pada umumnya dianjurkan untuk memperbanyak puasa pada bulan Muharram ini. Dan pada hari ‘Asyura iaitu hari kesepuluh dalam bulan Muharram, kita disunatkan berpuasa seperti yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W dalam hadith berikut: 
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”.
-Riwayat al-Bukhari & Muslim-

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram. Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w. 

Kelebihan puasa Asyura :

Dalam hadith Rasulullah ada menyatakan kelebihan berpuasa pada hari Asyura.

Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:”Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang”. Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, “Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu. -Riwayat Muslim-

Dan Imam Syawkani & Ibnu Hajar mengatakan puasa ‘Asyura ada tiga tingkatan. Yang pertama puasa di hari ke 10 saja, tingkatan kedua puasa di hari ke 9 dan ke 10 dan tingkatan ketiga puasa di hari 9,10 dan 11. Ganjarannya diampunkan dosa2 setahun yang lalu dan yang akan datang (dari hadis sohih Muslim)

Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura :
  • Puasa Sunat Asyura dengan niatnya dibaca Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
  • Melapangkan masa / belanja anak dan isteri
  • Memuliakan fakir miskin
  • Menahan marah
  • Menunjukkan jalan yang lurus/membetuli orang sesat/orang yang salah(terpesong aqidah(tauhid) dan akhlaknya)
  • Menyapu / mengusap kepala anak yatim(menghormati dan memuliakan mereka)
  • Bersedekah
  • Memelihara kehormatan diri
  • Mandi Sunat dengan lafaz niatnya: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
  • Bercelak
  • Membaca Qulhuwallah(Surah Al-Ikhlas) hingga akhir seribu kali
  • Sembahyang sunat empat rakaat dengan lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas al-Fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
  • Menjamu orang berbuka puasa


Jadi, jom la kita sama-sama puasa Hari Asyura ye. Jangan lupa sebar-sebarkan dekat kawan-kawan. In shaa Allah ada balasan dari ALLAH.

Kalau korang ada kemusykilan tentang puasa Asyura ni, boleh la refer Soal Jawab Puasa Asyura.Oh ye, kredit gambar atas tu to OwhSoMuslim. kiutt :D


Assalamualaikum :)

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD