Bila lelaki menjadi dayus ?

11:37:00 PM

 

Tadi ternampak benda ni and nak share sikit :

BILA LELAKI MENJADI DAYUS ?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah .

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa , serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar .

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat .

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya .

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami .

6) Menyuruh , mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah .

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia , mentor , gang starz , idola kecil dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram .

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain , kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata . Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan ?. Tidak sekali-sekali .

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna .

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya .

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan .

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita .

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu .

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian .
  
Source : Facebook :)
Allahu, taknak lah kan ada yang macam ni. Semua mainkan peranan yang penting. Adik lelaki, abang, ayah. Sepupu lelaki. Saudara lelaki. *taklarat nak list banyak-II* Jom sama-sama kita berhijrah ke arah yang lebih baik !
Assalamualaikum ^^

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD