Tentang Cinta : Apabila dah mabuk cinta

11:49:00 PM

Assalamualaikum :)

Apabila sebut je tentang cinta, terbayang Romeo yang sanggup mati demi Juliet. Cleopatra yang sanggup membunuh diri kerana Mark Anthony. Uda dan Dara yang bersanding dia atas pusara atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun ( gila ) kerana terpisah dengan Laila. Itulah deretan kisah cinta rekaan dan khayalan. Namun realitinya sebenarnya tak kurang hebat gak. Lagi dramitik lagi ada la. Remaja sanggup meninggalkan ibu dan ayah kerana mengikut kekasih hati. Pantun melayu mengatakan :

'Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan,
Buang emak buang saudara, 
Kerana kasih hamba turutkan.'

Malah, lebih mengejutkan lagi, ada jugak remaja yang sanggup tukar agama untuk memiliki cinta. Ya Allah, manusia tanpa cinta agaknya seperti bumi tanpa mentari. Kalau menonton filem Hindustan kadang-kadang cinta dianggap sebagai Tuhan. Segala-galanya kerana cinta.

Mere mohabbat he ! Erk. -.- Rasa cinta bertandang dalam jiwa tanpa diminta dan diundang. Keinginan itu tak perlu dipelajari dan dicari . Lelaki inginkan cinta wanita. Begitu juga sebaliknya. Walaupun kadang-kadang kita cuba lawan, namun rasa yang ajaib tu tetap datang. Tak ada kuasa hati yang mampu menolakknya. Apalahi kalau cinta itu dinyalakan, maka makin marak dan menggilalah jadinya. Apabila cinta mencengkam diri, makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena. Ewahhh -.-

Bijak pandai ada mengingatkan " Jangan dibawa berbincang tiga golongan manusia : pertama yang sedang lapar, keddua yang sedang sakit, ketiga yang sedang mabuk cinta

Kenapa ? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya. Orang yang sakit senag menderita sakitnya. Orang yang mabuk cinta hanya memikirkan orang yang dicintainya. Dia seolah-olah mabuk dan sedang berada di alam yang lain. Orang lain nampak dia tapi, dia tak nampak orang disekelilingnya. Korang pernah terserempak dengan pasangan kekasih di stesen komuter atau bas ? Semua orang malu melihat gelagat keterlaluan mereka. Tapi, mereka tak sedar diri. 

Cuba bayangkan keindahan dan kedamaian syurga. Nabi Adam a.s tetap berasa kesunyian dan inginkan teman. Lalu, allah ciptakan Siti Hawa sebagai pasangan untuk dicintainya. 

Seperti lirik lagu :

Rasa cinta pasti ada, pada makhluk yang bernyawa.

Bersambung.

Assalamualaikum
Blog Author : FafaKyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD