Tentang Cinta : Cinta dan Remaja

10:47:00 PM

Assalamualaikum :)


 Fitrah perlukan hidayah. Jika tidak, hidayah akan menjadi fitnah

Dah jatuh chenta ? Tak dapat dielakkan lagi ? Jadi macam mana ? Ya, remaja dan chenta tak dapat dipisahkan lagi. Dua perkara yang bagaikan sudah sebati. Kisah suka duka remaja sering menjadi ilham para penyair. Rasa itu digubah manjadi bait bait dan alunan melodi pencipta lagu. Menjelma menjadi untaian kata para penyajak. Habis lingkup makhluk ciptaan Allah gara-gara menjadi lakaran metafora dan analogi. Embun, pelangi salju, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambang untuk memuja kekasih. Tak percaya ? Sudah. -.- Haha :) Cuba korang dengar lagu di radio dan MP3. Apa yang korang dengar ? Semua lagu tentang cinta kan ? Fafa rasa hampir 80% daripadanya ialah lagu cinta.

*tarik nafas dalam-dalam. Betulkan spek. Sambung taip entry*

Begitulah eratnya hubungan remaja dan cinta. Hingga kita seolah-olah tak dapat lagi membanyangkan adanya hubungan remaja dengan yang lain selain cinta. Ramaja seolah-olah dah takde hubungan dengan iman, perjuangan, dakwah, keusahawanan, kepimpinan, dan sebagainya. Yang ada cuma hubungan remaja dengan cinta. Cinta ! Cinta ! Tak habis habis angau dengan cinta. 

Memang manusia ni berubah biologi dan psikologi di alam remaja. Ini telah menyebabkan mereka menjadi peneroka alam cinta yang serba baru dan indah. Kadang-kadang, cinta burputik melalui perkenalan dengan rakan sekelas, teman sepengajian. Atau cinta pandang pertama sewaktu sama-sama menunggu bas ketika hujan renyai. *Ewahh, epic love gitu. Aduh, romentiknya. Begitu yang kita dengar ketika cinta pertama diungkapkan.

Bersambung.

Assalamualaikum
Blog Author : FafaKyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD