CopyPaste : Teddy bear kenyit mata

7:00:00 AM

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD

Source : Facebook

Kawan saya cerita tentang cerita benar yang berlaku pada kawan dia.

Kawan dia ni perempuan, Kak Yam (bukan nama sebenar) dari kecik sampai dewasa umur dah nak dekat 25, tidur memang tak boleh berpisah dengan Encik Teddy Bear. Ada banyak teddy bear atas katil dia.

Satu hari, dia dengar seorang pak ustaz kata tak elok tidur dengan teddy bear. Budak-budak kecil takpelah. Budak besar, tak elok.

Dia kurang mengerti apa maksud ustaz tu. Ah, persetankanlah. Takkanlah teddy bear pun jadi masalah besar kot. Getus hati dia. Tak setuju dengan pak ustaz.

Malam tu, macam biasa. Dia dah ready nak tidur. Dia tutup lampu. Tarik teddy bear.

Tiba-tiba dia tengok teddy bear dia ni lain macam sikit matanya. Kenyit-kenyit mata dekat dia. Dia terkejut. Dia buka lampu. Kak Yam macam tak percaya je. Ah, mungkin mainan perasaan je kot. Terbawa-bawa.

Dia pun letak teddy bear depan dia. Dia bersila tatap teddy bear besar dia tu. Lama dia tatap teddy bear. Tiba-tiba...

Mata teddy bear tu betul-betul boleh kenyit mata!

Kak Yam apa lagi, terus terlompat dari atas katil. Meraung-raung panggil bapak dia tolong selamatkan dia.

Bapak dia datang, ambil teddy bear tu dan bakar malam tu jugak.

Fuh.

Kesimpulannya, anda simpulkanlah sendiri.
Figure out yourself teddy bear masing-masing macam mana.

Ada apa tersorok di sebalik kegebuan teddy bear besar kepunyaan anda?


P/s : Fafa pun sebenarnya ada gak patung-patung sama, sebijik macam manusia. Katil fafa tu double decker so fafa simpan elok je kat katil atas tu. Kadang-kadang, bila nak tidur je mesti rasa 'eh, kot kot kalau tangan dia melambai-lambai kat aku cane ? T_T' Tangan je, tangan. Kalau siap intai tunjuk muka, tetiba sengih 'nak darah, nak darah' fafa tak tahu lah macam mana. Mintak dijauhkan Y_Y

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. Takutnya engok gambar atas tu. kat rumah banyak teddy bear.

    ReplyDelete
  2. @Badlishah Azman Huhu, tu patung dalam cerita hantu. Kat rumah fafa pun banyak teddy bear T.T

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD