Tak salah nak bercinta ?

8:00:00 AM

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD

Source : Mr. Eye
Edited. But still kekalkan karya asli.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum dan Salam 1 Dunia.

Hari ni mood aku tengah bengang! Seriously dowh! Okeh. so, sebab bengang punya pasal, aku nak kuarkan entry ni. Jap-II. Korang jangan salah baca ya. Mood aku BENGANG ! Bukan BANGANG ! Hahaha. okay. Kali ni aku nak bagi sikit pendapat aku kat sape-II yang terasa dirinya mencintai ataupun dicintai. Owh! So shuwweeettt! Hotak kau shuwwettt! Dan mungkin entry ni jugak panas je sape yang baca sebabnya mungkin akan terasa dengan apa yang aku nak sampaikan. Tapi, percayalah ! Apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini, bukan bermaksud nak menghentam sape-II, tapi sekadar nasihat untuk teman-II dan diri sendiri. Sape-II yang bercinta, sila angkat tangan!

Bercinta ? Mencintai ? Dicintai ? Menarik kan ? Actually, memang tak salah nak bercinta. Tapi harus ingat, ada batasannya. Aku dulu pun pernah jugak bercinta. Memang tipu sape-II yang cakap tak pernah bercinta. At least takde relationship pon, mesti ada crush kan which mean cinta dalam diam. Cinta itu perlu untuk menyemarakkan kasih dan sayang dalam sebuah perhubungan. Tapi cinta kian hari disalahertikan dan disalahgunakan. Seperti dadah gak. Ada pros and cons nya. Tapi kat sini, aku just nak bagitau pendapat aku what love is all about.



1. Tak salah kalau korang nak bercinta, asalkan jangan terlebih sudah. Ni bercinta bagai nak rak, last-II clash gak. Buat malu je. Masa bercinta bukan main lagi, kaulah kekasih awal dan akhir, janji nak sehidup semati lah. Tapi once dah clash, masing-II duk burukkan ex masing-II. Seriously, I hate this kind of situation.

2. Tak salah nak bercinta kalau cinta korang sesama manusia tak melebihi cinta pada THE CREATOR. Haa.... part ni paling best nak ulas. Berjiwang sana sini, normally manusia yang dilamun cinta ni ramai yang lupa akan cinta kepada Allah. Tipulah kau Mr. Eye ! Haaa.. Memang la aku tipu kalau takde kes-II kena tangkap khalwat kat hotel-II murah. Memang aku tipu kalau takde kes buang anak merata-II tempat. Damn ! This kind of shit always happens lately. And seriously, I really hate that kind of bitches and their gigolos ! Ala.. Kau orang tak buat sume tu ? Well, paling ringan pun pegang tangan ! Dan tu pun dah kira dosa kau tau tak ?


3. Tak salah kalau nak bercinta, tapi kenalah sentiasa melebihkan cinta pada keluarga. Haaa.. yang ni on best gak. Pada pemerhatian aku la, normally yang lelaki memang giler punya tangkap leleh bercinta, sampai lupa yang diorang masih ada family dan tanggungjawab pada family especially mak ayah. Kalau dengan awek, cakap bukan main lagi sopan sutun. Tapi dengan mak ayah, serious nak mampos. Garang pulak tu. Tak patot la gila kau buat orang tua kau macam tu. And the worst part is, money ! Orang lain bercinta, kau pun nak bercinta. Orang lain keluar dating, kau pun nak keluar dating. Orang lain ade duit, takpe ! Masing-II anak datuk datin tan sri segala bagai. Tapi kau ape ada ? Takde duit nak dating, call mak, call ayah, mintak masukkan duit. Dapat duit, belanja kat perempuan. Owh ! Senang hati kau. Tapi tak pernah nak fikir cane susah mak bapak kau cari duit nak bagi anak. Biasa la. Anak duk jauh nak belajar. Kang lapar, takleh belajar pulak. Tapi anak, buat kacau pulak ! Hesh! Tak patut dowh !


4. Tak salah kau nak bercinta, asalkan kau setia pada kawan-II. Aku tengok la kan, ramai dah budak-II lelaki zaman sekarang ni, time senang dia dengan awek dia je. Mana nak ingat dunia and kawan-II. Makan pun sama-II. Semua sama-sama. Tapi time susah, pandai pulak cari member. Nak pinjam duit, itu normal. Nak mintak tolong, itu sentiasa. Dan kalau kena kat aku, geram habis tahap ! Kalau boleh, nak je tanya. Mane pergi awek kesayangan kau ? Time-II ceni, pandai pulak nak cari member. Aku dengki ? Heh ! Takde masa nak dengki-II ! Kalau aku dengki, dah lama dah aku buat perkara sama.


So, ni pesanan aku kat pasangan-II yang tengah bercinta. Korang pandai-II la jaga diri masing-II. Dah besar kan ! Nak jadi bapak and mak budak dah pon. Time bercinta ni, semuanye manis. Tapi once dah kahwin, lain pulak ceritanya. Tapi bercinta, tak semestinya berkahwin. Kalau setakat bercinta, tak payah kot nak ronda sana sini berdua-II. Tak perlu kot nak tunjuk kat orang lain yang korang ni tengah bercinta. Cukup la sekadar orang tau hubungan korang. Tak perlu nak buktikan dengan perbuatan. 
Jangan sampai terlanjur. Once dah terlanjur, tapi last-II tak kahwin pulak dengan pasangan korang. Berpisah dua tiga tahun, then jumpa balik tengah jalan dengan laki bini masing-II. Time tu, apa perasaan korang ? Mestilah teringat balik perbuatan korang masa lampau. Nak malu hape, dah korang yang pilih nak buat camtu. And the worst part is, laki or bini korang tau sejarah hitam korang. Haaa.. ape nak jawab ? Cerai pulak la jawabnya ! Tak pasal-II anak-II jadi mangsa. Nauzubillah. 
Kepada yang lelaki, kalau ikhlas nakkan anak dara orang, jumpa family dia. Mintak kebenaran nak kenal-II, nak berkawan. Kepada yang perempuan, nak keluar dating dengan pakwe tu, at least bawa la teman yang muhrim. Bawak adik pun takpe. Kalau lelaki tu ikhlas, dia tak marah punya. Kalau dia marah, sah-II dia tak ikhlas. Last but not least, jangan mudah percaya kat orang. Sedangkan bapak boleh rogol anak, ni kan pulak pakwe. Well, everybody lies ! Syaitan ada di mana-II. 
***
Yes, syaitan ada dimana-mana. Semoga Allah lindungi kita semua. Fafa tahu entry ni kasar sikit. Sorry Mr.Eyes. Maaf gak edit and sensor mana-mana XD Fi hifzillah. Semoga Allah redha. 
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. yup...btul tu dik..even da kawen pon cinta kita for the creator juga yg paling utama..inikan pula hanya bercinta :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD