Tentang Cinta : Akibat Cinta Terlarang

1:09:00 AM

Assalamualaikum :)

Cinta terlarang ialah cinta yang sudah dicemari atau didominasi oleh kehendak nafsu dan kepentingan diri. Keindahan cinta yang sudah tercemar ini takkan bertahan lama.

Sudah dapat apa yang dihajati, sudah terlaksana apa yang dikejar, cinta akan terkulai dan bersepai. Ini adalah akibat membelakangkan peraturan cinta.

Pasti ada yang merana. Samada pihak lelaki atau perempuan atau kedua-duanya sekali. Saya sendiri pernah mendengar pergaduhan, pertengkaran bahkan pembunuhan antara pasangan yang bercinta. Kadang-kadang walaupun belum menjadi isteri, cemburanya, mak aii, melampau-lampau. Kalau boleh, semua dia nak kawal. Belum lagi jadi suami, tangan dah sedap melayang sesuka hati. Ganasnya bukan main. Itulah seksanya cinta terlarang.

Walaupun pada awalnya suka sama suka, tapi, akhirnya terseksa jugak zahir dan batin. Dah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yang membelakangkan Allah. Betapa ramai remaja yang menjadi korban cinta tiga segi, cinta tak setia, cinta palsu dan macam lagi. Ingat kata-kata ni "Jangan main api nanti terbakar diri. Jangan main cinta nanti badan merana." Begitu selalu diungkapkan. Tu belum lagi terbakar di akhirat (na'uzubillah), dah terbakar di dunia !

Masa ni hati tak nampak yang lain selain daripada yang dicintainya. Lupalah diri pada Pencipta cinta kerana terlalu asyik bermain dengan cinta yang dikurniakanNya. Ah ! Bayangkan, macam mana perasaan kita agaknya apabila seseorang begitu leka, suka habis dengan hadiah yang kita bagi hingga terlupa berterima kasih kepada kita. Lupa kita. Macam mana agaknya ? Choose wisely, siapa yang lebih utama ? Hadiah (cinta) atau pemberi hadiah (Allah) ? Allah atau manusia ?

Cuba lihat semarak cinta dalam filem bollywood. Duhh, cinta dimartabatkan sebagai nombor wahid (satu) hingga lupa pada tauhid. Rela berpisah dengan ibu bapa, sanggup meminggirkan sanak saudara, rela berkorban nyawa. Malah, rela bertukar agama kerana cinta. Masa tu, cinta itu dikatakan buta. Maka, butalah mata hati dan mata kepala hingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa dan apa yang dicintainya.

Benarlah kata pepatah Arab :

"Manusia akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya"

Assalamualaikum
Blog Author : FafaKyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD