Tentang Cinta : Cinta kerana Allah

10:16:00 AM

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD

Cinta Berperaturan

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta ? Inilah yang perlu diikutii oleh para remaja agar cinta itu suci dan abadi.


"Cinta kita mestilah berdasarkan cinta kepada Allah."

Maksudnya, cinta yang kita berikan kepadanya hanyalah semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah. Allah memberi kita fitrah itu then kita niatkan dan gunakan rasa fitrah itu untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Nak bercinta tak salah tapi.. pastikan cinta itu lebih memudahkan kita untuk mencintai Allah. And of course bukan couple. Cinta antara lelaki dengan perempuan mestilah diniatkan hanya kerana Allah bukan kerana nafsu semata-mata.

"Kami bercinta kerana Allah" Ini yang kita selalu dengar. Tapi macam mana ? Macam mana nak bercinta kerana Allah ? Ya, iringilah dengan niat untuk bernikah secara sah kerana pernikahan itu lebih memudahkan seorang lelaki atau perempuan menyempurnakan agamanya.

Sabda Rasulullah yang bermaksud :

"Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah dia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi"

So, jangan bercinta dengan niat sekadar untuk suka-suka. Tak serious. Kalau kita tahu kita tak boleh nak serious masa bercinta, jangan bercinta lagi. Tangguhkan dulu. Pesan pada diri "aku tertarik dan minat je. Tak lebih daripada tu". Simpan dan pendam perasaan tu dalam jiwa sedalam-dalamnya. Jangan luahkan kalau cuma nak tengok reaksi.

Tapi, kalau orang sebelah sana serious macam mana ? Jawapannya mudah je. Jangan bercinta sebab kita kasihankan dia. Sebab, kalau kita bercinta kerana kasihan, kita hanya akan merosakkan diri kita dan orang yang kita kasihankan tu. Perbezaan cinta dengan kasihan tu besar. Kita boleh kasihankan orang yang kita cinta tapi tak boleh cinta orang yang kita kasihan.

Jangan la terfikir niat-niat jahat dalam bercinta. Sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau pujukan syaitan. Saja suka-suka. Sebagai spare tyre. Manalah tahu kalau-kalau nanti diperlukan. Kalau takde niat nak berkahwin, pasti cinta itu bukan kerana Allah. Sebenarnya, cinta itu ialah cinta terlarang yang hanya akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak. Cinta macam ni namanya cinta monyak, cinta anak anjing (puppu love), cinta kilat dsb.

Bersambung ...


Assalamualaikum
Hamba Allah : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD