Tentang Cinta : Hidup kerana cinta

12:45:00 AM

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD

Bab 1 : Salahkah Bercinta ?

Sambungan ...

Hidup kerana cinta ? What a waste. Padahal hidup kita ni kerana Allah. Kita hamba, target kita, tujuan kita, hanya Allah. Hidup untuk ibadah ! Tanggungjawab kita sebagai hamba, mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Besar dan Agung. Tak mungkin cinta manusia dijadikan tujuan untuk hidup ? Hei ! sedar diri, siapa kita ? Kita hanya hamba !

Ya, tak dinafikan cinta diperlukan dalam kehidupan. Tapi, ianya bukanlah untuk tujuan kita hidup. Tujuan lebih utama daripada keperluan. Maksud fafa, tujuan kita ialah Allah. Keperluan kita ialah cinta. So, disini, mana yang lebih penting ? Dah tentu tujuan kita ialah Rabbul Izzati :) Sebaik-baiknya, gunakan keperluan untuk mencapai tujuan. Contohnya makan. Makan adalah keperluan. Tenaga yang diperoleh daripada makan itu mesti digunakan untuk mencapai tujuan iaitu memudahkan ibadah.



Sama gak macam cinta. Cuma cinta itu makanan jiwa. Gunakan cinta manusia untuk mendapatkan cinta Allah. Jangan jadikan keperluan itu sebagai tujuan. Sehingga tanpa disedari cinta seolah-olah dianggap Tuhan. Cinta menjadi centre kepada segala-galanya. Nak buat apa-apa terpaksa merujuk kepada cinta. Kalau cinta kata 'OK', semua benda sanggup buat. Sehingga lautan api pun sanggup direnangi. Termasuk 'neraka' ? Tepuk dada, tanya iman. All of us know the anwser.

Sungguh, Allah dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Hukum-Nya dilanggar tanpa rasa bersalah. Tetapi dengan rasa manis dan megah. Macam mana tu ? Takkan lah takde sekelumit pun rasa bersalah ?

Pegang tangan kekasih walaupun dah jelas Allah haramkan sentuhan antara lelaki dengan perempuan yang bukan muhrim hingga menimbulkan fitnah.

Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun dah diingatkan oleh Nabi bahawa keadaan macam tu ada syitan yang menjadi 'makhluk' ketiga. Malah, yang lebih teruk lagi daripada itu pun banyak berlaku. Semua kerana cinta.

Semua yang halal seolah-olah menjadi haram hanya kerana cinta. Maksudnya, masa tu kita hanya bertuhankan cinta semata-mata. Remember, niat tak menghalalkan cara. Takde istilah couple islamik. No. Takde.

Firman Allah dalam Surah Al-Jatsiyah [45] ayat ke-23 yang bermaksud :

"Adakah kamu pernah melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya?"

Racun-racun berbisa yang memusnahkan pohon-pohon cinta sejati telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun tumbuh dan akhirnya berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan. Bohsia, bohjan, buang bayi, dan zina. Masa tu, indah sangat ke cinta ? Maksiat yang memang haram itu dianggap sebagai baja dalam cinta ? No. Cinta sejati, takde maksiat :) Nak bercinta tak salah, tapi jangan melebihi cinta kepada-Nya. Ikut peraturan cinta :)

Bersambung ...


Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD