Tentang Cinta : Peraturan Cinta

10:52:00 AM

Assalamualaikum :)


Kenapa perlu ada peraturan cinta ? Jawabnya, kerana Allah mencintai manusia. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia dalam memenuhi keinginan fitrah tabi'enya. Keinginan tanpa peraturan akan berlakulah cinta terlarang. Cinta yang terlarang ini akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan.

Jangan cemari hubungan cinta dengan sebarang perlakuan yang menyalahi syariat. Lebih banyak perlanggaran peraturan dilakukan, lebih tinggilah risiko kemusnahan akan berlaku.
Jangan kita tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi berbagai-bagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mebuk rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan.

Cinta yang suci mesti dipelihara dan dilindungi. Orang yang tak memelihara dan melindungi cinta dengan peraturan Pencipta cinta, samalah dengan mempermainkannya. Apakah maksud mempermainkan cinta ? Cinta yang dipermainkan itu adalah cinta yang tidak setia, cinta bersalut nafsu, cinta yang takde matlamat, dan tujuan yang suci dan tinggi ( melainkan matlamat-matlamat yang bersifat inderawi dan bermatlamat rendah ). Habis madu sepah dibuang. Masa tu, cinta dah tak suci lagi dah.

 Bersambung..
Assalamualaikum
Blog Author : FafaKyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD