Tentang Cinta : Peraturan utama cinta

7:22:00 AM

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD

 Bab 1 : Salahkah Bercinta ?

 Sambungan ...


Peraturan cinta ini macam tanda-tanda jalan dan trafic light atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak. Tapi, pergerakannya perlu diatur dann dikawal. Isyarat traffic light tu sebenarnya bukan untuk menyekat pergerakan kereta tapi sebaliknya untuk mengawal agar pergerakan kereta itu sentiasa lancar dan selamat.

Ada tanda had laju supaya selamat di jalan yang berliku. Ada tanda yang mengingatkan ada kanak-kanak sekolah melintas dan sebagainya. Itu semua kawalan untuk menyelamatkan.

Macam tu gak dengan cinta, Peraturan yang Allah tetapkan tu bukan melarang manusia bercinta. No. Tapi, untuk menyelamatkan manusia daripada cinta yang sia-sia. Kalau yang jenis tak ikut peraturan cinta tu maybe akan terjebak degan benda yang tak baik. Maksiat, buang anak, lesbian, etc etc.

Antara perbezaan sekatan dengan kawalan ialah, kawalan ni adalah untuk meneruskan sesuatu pergerakan tapi dengan peraturan peraturan tertentu. Sekatan adalah untuk menghalang pergerakan secara total. Kesemuanya. Ya, kawalan itu penting. Kalau tak penting, kereta yang ada di jalan raya bertembung dan kemalangan. Bayangkan kalau traffic light rosak. Kecoh. Kecoh.

Manusia pun macam tu. Peraturan cinta yang Allah tetapkan ni bukan nak sekat sesiapa bercinta. Tapi, tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal. Well, tak salah bercinta. Cinta dan couple itu lain. Bayangkan kalau Allah tak tetapkan syariat antara lelaki dengan perempuan. Mungkin sekarang tak wujud yang suci lagi. Mungkin.

Sebab, walaupun sekarang ni Allah dah tetapkan batasan, masih ada je yang langgar. Kalau tak letak, lagi teruk.


"Cinta. Suatu kuasa yang memerlukan peraturan dan kawalan"

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD