Tentang Cinta : Salahkah bercinta ?

10:26:00 AM

Assalamualaikum :)


Remaja selalu bertanya. Adakah salah kami bercinta ? Tak. Bercinta memang tak salah. Cinta ialah fitrah tabi'e yang Allah kurniakan kepada setiap manusia. Ingin mencintai dan dicintai adalah naluri (instinct) kepada setiap manusia. Jiwa manusia perlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh sebab cinta adalah fitrah, jadi tak salah untuk merasai dan menikmatinya. Kalau salah, takkan Tuhan kurniakan rasa cinta ? Allah Maha Mengetahui, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, dikurniakanNya rasa cinta. Pasti ada maksud dan tujuan.

Namun Allah tak mengurniakan rasa cinta secara polos macam tu je. Sebab tu lah Dia juga telah mencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar oleh remaja khususnya para remaja. Rasa cinta tak salah. Tapi, kesalahan selalu berlaku semasa menjalinkan hubungan cinta.

Disinilah berlakunya cinta terlarang. Iaitu cinta yang menafikan prinsip dan melanggar peraturan Allah.

Ketika itu fitrah akan menjadi fitnah apabila kehendak tabi'e tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan Allah. Maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Jadi, janganlah kita mengakui cinta itu datang daripada Allah, tetapi akuilah juga adanya peraturan cinta yang juga datang daripada Allah :)

Bersambung...

Assalamualaikum
Blog Author : FafaKyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD