Tips : Memakai tudung di hadapan sepupu lain di rumah

6:30:00 AM

 

Assalamualaikum and hello korang. Wassup ? Iman sihat ? XD 

Fafa nak kongsi kepada sesiapa yang rasa kekok nak pakai depan sepupu lelaki atau sape-sape la. Kalau korang perasan, zara dalam cerita 'Love u Mr. Arrogant' tak pakai tudung pun depan sepupu dia. Err. Lupa pulak nama apa -.- Sebenarnya salah kalau tak pakai tudung. Tapi takpe lah, hak masing-masing. Lagipun dia tak memang tak pakai tudung. Hmm. Apa-apa pun, semoga Allah beri hidayah. 

Kita yang pakai tudung ni, try istiqomah. Jangan pulak ada yang jenis 'on/off' tudung. Itu memang pelik. Semoga Allah redha.

------------------------------------------------------------
Soalan : Macam mana nak biasakan diri memakai tudung di hadapan sepupu dan saudara mara yang lain di rumah ?

***

Kenapa ketika keluar dari rumah , kita menutup aurat dengan sempurna ? Kerana ketika keluar rumah kita akan bertembung dengan orang yang bukan mahram kita .

Bila di rumah ? Sukar kerana sudah terbiasa memakai biasa-biasa sahaja dengan ahli-ahli keluarga .

***

Apa sebenarnya yang membezakan sikap kita ketika mahu keluar di rumah dan di dalam rumah ?

Kesedaran , tanggungjawab .
Kita perlu sedar menutup aurat bukan sekadar ketika mahu keluar rumah tetapi menjaga aurat , dan memelihara aurat itu tidak termaktub di luar rumah sahaja .

Rasa bertanggungjawab dengan maruah diri sendiri .
Kita tak mahu dilihat auratnya dengan mudah jadi kita bertanggungjawab memeliharanya .

***

"Susah"
"Segan"

Kenapa mengeluh ? Bukankah sebelum nak bertudung labuh pun kamu diuji ? 1 ujian kamu dah 
berjaya lepasi , tak kan tak mampu nak hadapi lagi 1 ujian ?

"aku malu pakai tudung labuh
"kenapa? kalau ustaz aku cakap, tu tandanya hati dah mati"


"..........."


Moga Allah redha .
:')
P/s : Maaf ye kalau ada yang tak selesa. Apa-apa ke. Kita sesama islam kena lah nasihat. So, fafa mintak maaf banyak-banyak kalau ada yang terasa :') Hidup kena kuat tau. Qowiey lillahi Taala XD

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

6 Commentor(s)

  1. Waalaikumsalam dan selamat pgi dik Fafa...akak pn satu ketika dulu...lau nak p membantu d sebelah rumah jiran akak xpakai tudung..sb alasan akak..alah org sebelah rumh jer pn xapa lau x pakai tudung...tpi sejak sethn lalu,akak da mula memakai tudung walaupn keluar dari pintu rumh...sb akak tau kat luar sana ramai org yang bukan muhrim kita...InsyAllah akak akan kekalnya...

    Entry pagi adik yang cukup sempurna untuk tatap sahabat sekalian dan semoga kita semua mendapat Hidayah dripada Allah..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam :) Yaa nice sharing. Sy pun pernah mcm tu. Kalau dgn cousin-2 kekadang rasa mcm tak kesah sgt pasal aurat padahal bukan muhrim . Tapi Alhamdulillah lah sekarang ive changed . In Sha Allah kekal :) best entry awk . btw, goodluck for yr pmr result soon :D

    ReplyDelete
  3. Sya mostly duduk dlm bilik so aurat sya dgn sepupu sng nk jaga. Bukan susah pun.

    Sya pernah smpai tutup whole body guna selimut sbb abang ipar sya dtg rmh and sya x sempat nk ambik tudung. kkk

    ReplyDelete
  4. @Mardiah Diana Selamat pagi. Alhamdulillah kalau macam tu. Terus istiqomah ye :) Insya Allah semoga Allah sentiasa memberi hidayah kepada hambaNya :)

    ReplyDelete
  5. @Leeza Zailan Alhamdulillah. Semoga Allah tak tarik balik hidayah yang Dia bagi :) Syukran. Insya Allah 9A. Doakan. Nervous ni. Dah tak lama :)

    ReplyDelete
  6. @Misz NE Ha'ah. Nak tutup aurat bukan nya susah. Terpulang kepada kita. Fafa rasa, fafa pun pernah macam tu masa kecik-II XD hehehe

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD