UsrahTeam : Iktibar daripada kejadian salji

2:10:00 PM

Assalamualaikum. Fafa tak tahu nak letak tajuk apa. Bagi fafa kes salji ni kebesaran Allah. Tapi ramai yang hm hm takpe lah. Jom baca. Nanti korang tahu jugak.

Bersepah la derr kat laman sosial ana baca.

'Salji turun, nak kiamat, nak bertaubat '.

Kalau setakat tulis tapi takde tindakan baik tak payah. Awal je macam ni kau sibuk lah takut gelabah macam ni. Sebab kau takut pada bencana Allah bukan pada Allah. Bukti ?

Check solat kau.
Check iman kau.
Check akidah kau.
Check diri kau.

Contoh lebih dekat :

Kau lapar, tapi kau tak makan, last kau mati kebuluran.

Dulu masa tahun 90an kecoh kes hilang ayat Al-Quran, tanda kiamat, dan semua cakap nak bertaubat. Tapi apa ? Bila senyap je kes tu dan mereka kembali semula pada tabiat asal mereka.

Memang baik menasihati dan merubah orang. Tapi adalah lebih baik jika kita sendiri ubah diri kita dahulu. barulah senang kita nak bantu orang lain untuk berubah.

Diri kita kena selalu pandang cermin. Supaya sedar diri.

Sedar diri hari-hari buat dosa. Sedar diri yang mati makin menghampiri.

Bukan pandang cermin ambil gambar, puji diri. Ni namanya tak sedar diri. Aku tak kisah dan marah atau pertikaikan pun kalian tulis ajak bertaubat bila berlaku salji lah apalah.

Tapi adakah perlu bertaubat bila berlaku sesuatu macam ni ?

Selama ni tak sedar ke dosa yang tergantung pada diri ?

Taubat itu hari-hari sebab kita takkan tahu kita hidup atau tak esok hari. Bukan taubat sebab salji.
Dan bila mana kau nak suruh orang lain bertaubat. Diri sendiri kena juga.

Jom sama-sama perbaiki diri. Bukan hanya tahu nasihat orang je tapi diri sendiri entah kemana. ini realiti. Sekarang ni ramai yang iman nya hanya di laman sosial sahaja.

Sebab tu ada pepatah omputeh

"Dont judge a book by its cover."

Tidak semestinya update status islamik semua tu dikira alim, mesti kuat agama ni, dan bla bla bla.

Please.

Wallahualam. Hanya Allah Maha Mengetahui. Status ni mungkin kasar. Maaf.

Ye. Ada betul juga apa yang dia tulis. Tak semestinya kita bertaubat bila ancaman Allah datang. Taubat itu perlu setiap saat. Setiap masa.

Dan jangan hanya pandai nak nasihat orang tapi diri sendiri tak buat. Tulis bagai nak rak. Tapi diri sendiri langsung tak buat. Tak jalan gak der. Sis.

Ikut contoh nabi. Semua yang baginda Rasulullah SAW cakap tak kira hal yang kecik atau besar. Semua datang daripada baginda sendiri. Akhlak dia sendiri. Adore. Allahu. Rindu. Tsk tsk.

So blogger dan pembaca sekalian. Ambik iktibar. Ilalliqa'

Assalamualaikum.


Posted via Blogaway - Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD