UsrahTeam : Jihad melawan nafsu - McD

7:33:00 AM

Assalamualaikum. Short story for today. Take your time to read this. Semoga ada sikit pengajaran yang korang dapat dalam cerita ni. Insya Allah.

Tetikus dibawa ke sana ke mari. Blog yang sudah dibookmark ditekan serta merta. Tangan kanannya cermat memegang Big Mac Burger. Big Mac perlahan disuakan ke mulut dan digigit sedikit. Matanya dipejam rapat. Menikmati setiap gigitan. Halkumnya bergerak, menelan BigMac yang sudah dikunyah lumat menurui rengkung.

"Sedapnyaaaa!" Dia jerit kuat. Tangan kirinya mengawal tetikus. Big Mac diletak ditepi seketika. Kotak kertas berwarna Hijau, berisi malt coklat diambil. Penyedut minuman disuakan ke mulut. Disedut perlahan malt coklat menuruni rengkung. Air kotak Milo itu diletak kembali pada tempat asalnya. Big Mac dicapai kembali dengan tangan kiri. Tangan kanannya pula mengawal tetikus tadi. Matanya tepat memandang skrin komputer ribanya.

Pap!

Big Mac di tangan tergelungsur jatuh dari tangannya. Tajuk sebesar alam yang tercatat pada laman blog itu membuatkan dia hampir-hampir tercekik. Burger yang terjatuh diambil kembali dan diletakkan pada pinggan kembali. Satu persatu perkataan diteliti. Satu persatu gambar ngeri dipandang. Matanya semakin berair. Matanya pejam celik pejam celik, menahan, apabila terpandang gambar-gambar yang dikepilkan bersama post terbaru laman blog kesukaannya itu. Haseef meraup wajahnya beberapa kali. Hilang seleranya untuk menyambung makan.

Pinggan yang berisi burger Big Mac yang masih tinggal separuh juga Air kotak Milo dipandang lama. Dia menelan air liur. Dia bangun dari kerusi meja belajarnya. Pinggan dan Air kotak itu diambil. Kakinya menuruni tangga perlahan, menuju ke dapur. Dia berhenti lama dihadapan tong sampah. Penutup tong sampah dibuka, Big Mac dibuang bersama air kotak Milo yang masih berisi. Pinggan yang sudah kosong dibasuh dan diletakkan pada susunan pinggan-pinggan lain. Haseef menuju ke ruang tamu. Dia menghenyakkan punggungnya pada sofa empuk berwarna kelabu. Matanya menyapu ke segenap rumah. Fikirannya masih teringat akan post dari laman blog tadi. Rambutnya dikuak beberapa kali. Bingung. Terasa begitu bodoh, kerna baru kini dia tahu akan hal itu. Lama dia berfikir sehingga dia terlelap di situ sendirian.

. . . . . . . . . . .

"Are you sure dear, ibu pergi shopping and you stay here? Tak nak beli apa-apa ke?" Puan Qairina bertanya lembut pada anak bujangnya itu.

"Ya. Seef tunggu sini. Malaslah nak masuk dalam tu. Kalau Ibu nak minta tolong apa-apa ibu call Seef je, nanti Seef datang." Haseef menyudahkan ayatnya dengan senyuman. Puan Qairina melangkah pergi meninggalkan dia sendirian disitu. Kakinya melangkah mencari kerusi kosong untuk merehatkan kakinya. Kerusi kosong dihadapan McD. Dia mengeluh perlahan. Kakinya dibawa juga ke arah kerusi itu. Sony Xperia Z Putih nya dikeluarkan. Laman twitter segera dibuka. "Memang nasib akulah. Kerusi depan Mcdogol lagi begol ni je yang kosong." Tweet Sent!

Earphone disumbat pada kedua-dua belah telinga. Believe- Saif Adam berlagu menyepikan hiruk-pikuk Pusat beli belah itu. Matanya memandang setiap seorang manusia yang berada di dalam Restoran Makanan Segara itu. Setiap manusia yang berada di dalam Restoran Makanan segara itu ditatap lama. Penuh. Riuh. Manusia dari yang paling kecil hingga yang tua berjanggut putih. Melaya, Cina juga india. Yang lengkap memakai tudung hingga yang pakai seperti tak cukup kain. Kain habis mungkin. Dia memejamkan matanya untuk seketika. Believe sudah berganti dengan Bintang Syurga-Unic. Nafasnya turun naik. Sebak tiba-tiba apabila dia menghayati setiap maksud lagu itu.

"Datang datanglah wahai syahid.

  dambaan mujahid.

aku relakan sakit yang sedikit"

Matanya dibuka kembali. Matanya kian membesar dan membesar. Terkejut. Dia mnggosok matanya beberapa kali. Masih, pandangannya sama juga. Entah kenapa, Restoran McDonalds yang tadinya tampak biasa, tanpa ada apa-apa yang aneh, telah berubah sekelip mata. Berubah menjadi tidak tumpah seperti tempat pembunuhan paling kejam di dunia. Haseef bangkit dari tempat duduknya. Dia berjalan perlahan mendekati Restoran itu. Bau harum yang terlalu harum membuatkan dia melangkah ke belakang kembali. Pelik. Matanya masih menyapu keseluruh Restoran itu.

Matanya terhenti pada sekumpulan remaja lelaki yang berada di situ. " Nak rasa? Daging ni sedap weyh. Tak pernah aku makan sedap camni" Ada cecair merah mengalir dari hujung bibirnya. Lidah lelaki itu serta merta menjilat hujung bibirnya. Dia senyum. Cawan kertas Milo diambil. Penutup cawan minuman itu dibuka. Lelaki tadi ketawa. Galak mereka satu meja ketawa." Kau tau , aku dapat 'fresh' air ni." Mereka ketawa lagi.

Haseef terkejut apabila dia terdengar bunyi dentuman kuat. Matanya beralih mengarah pada kaunter yang penuh dengan manusia beratur. Dari celah-celah manusia dia dapat melihat seorang Pekerja Perempuan sedang memegang sesuatu. "Saya nak Prosperity Burger satu." Si Pekerja lelaki tadi pusing pada Pekerja perempuan di belakan yang siap dengan parang yang sudah tercalit cecair merah  berkata "Properity Burger." Dia sengih. Sinis.

Dengan galaknya, bagaikan haiwan pemangsa, Perempuan itu memotong tangan anak kecil yang dipegangnya sedari tadi. Dicincang lumat tangan anak kecil itu sehingga tiada lagi bentuk asal. Cecair merah yang mengalir keluar dikaut. Roti burger disusun. Daging yang telah hancur tadi ditepekkan pada roti burger, bersama sos merah istimewa yang dikaut tadi. Apron pekerja perempuan itu sudah dipenuhi cecair merah, darah. Mukanya juga terpalit sedikit. Dia senyum. "Properity Burger 'Fresh', Siap!" Mata Haseef terbeliak.

Matanya meliar ke setiap meja. Darah merah penuh pada keseluruhan kedai. Dia melihat betapa rakusnya manusia-manusia dihadapannya. Hiruk-pikuk manusia-manusia ketawa sinis diselangi tangis anak-anak kecil juga raungan si ibu, "Kau bunuh anak kami! Kau bantu mereka dengan wang-wang kalian. Apakah kau itu manusia yang punya perasaan? Apakah kau itu seorang Muslim?" Si ibu meraung tanpa henti, melihatkan anak-anaknya yang dilapah tanpa belas. Darah merah semakin banyak membanjiri Restoran Makanan Segera itu. Haseef menjerit dalam hati. Kejamnya mereka.

Matanya tertarik pada ruang kaunter kembali. Terlihat kelibat beberapa Lelaki keluar dari pintu yang tertulis Pejabat. Lelaki itu lengkap berpakaian askar. "Thank you for the money, so we can buy new weapons. And Killed as many muslim as we can! Ha-ha-ha" Dia ketawa kuat. Semua pelanggan Restoran Makanan segera itu memandang senyap. Kemudian, mereka juga ketawa sama.

Air mata Haseef yang mengalir dilap perlahan. Apakah mereka manusia. Apakah aku juga seperti mereka dahulu?

"Haseef?" Dia berpaling ke belakang. Puan Qairina pelik melihat anaknya yang berdiri tegak dihadapan McD. "Kenapa, Haseef nak beli?" Ibunya bertanya sambil dia menunjuk pada Restoran itu.
"Never." Dia menjawab lemah.

Restoran Makanan Segera itu tampak biasa pada zahirnya, hakikatnya, hampir keseluruhan Restoran itu dipenuhi darah anak-anak juga manusia-manusia tidak berdosa.  Bauan Harum para penghuni-penghuni Syurga itu tidak disedari langsung manusia disekeliling. Masing-masing hanyut dengan pembunuhan zalim tanpa mereka sedari.

Hakikatnya, mereka sedar tetapi mereka membutakan mata. Mereka sedar, tetapi memekakkan telinga daripada mendengar raungan dan bedilan. Tangan masih menghulur wang, membantu Si bangsat Zionis membunuh saudara sendiri. Tangan susah pula nak menghulur wang pada Saudara sendiri di 'sana' ? Tahu, tapi tak mampu melawan nafsu.

"Apakah mereka rasa diri layak untuk ke Sorga? Andai yang kecil tak mampu melawan, sedangkan Sorga dicipta buat mereka yang benar-benar gagah dan kuat melawan nafsu serakah."

Haseef meraup wajah. Kenapa baru dia tahu sekarang? Berapa banyak wang yang dia dah sewenang-wenangnya berikan pada Si Zionis untuk membunuh saudara-saudaranya di sana?  Sakit. Tapi dia tau, sakit lagi mereka di 'sana'  tak dipeduli saudara seislam sendiri.

***

Semoga kita semua dapat pengajaran. Memang. Memang tak mudah nak lawan nafsu nak lantak mecdi tu. Tapi sanggupkah kita melihat saudara seislam kita merana di sana? Butakan mata hati.

Buat buat tak tahu. Sedangkan kita memang dah tahu asal usul mecdi ni. Sedih. Allahu.

Assalamualaikum.


Posted via Blogaway - Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. Nice entry. Saya makan McD tak selalu, tapi minum Milo tu selalu lah jugak, kena kurangkan. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD