Berubah lillah

11:55:00 PM

Dia tersenyum sendiri. Menarik nafas buat kali keberapa untuk menahan sebak di dada.

Dialihkan pandangannya ke langit. Mengamati ciptaan Tuhan. Cantik.

Terlayar sekali lagi kisah hijrahnya.

Kisah dia berubah memang sangat hebat. Allah beri ujian yang sangat kuat padanya.

Memang, asalnya dia selalu cakap,

''Ya Allah, aku tak mampu."
"Ya Allah, aku tak kuat."

Readers semua nak tahu tak ? Allah menguji keikhlasan hati dia semasa dia ingin berubah. Ya, dia berubah menjadi orang yang sangat hebat, penuh ilmu di dada, gagah berhujah dengan dalil dalil Al-Quran dan As-Sunnah.

Tapi sayangnya, perubahan itu tidak diniatkan kerana Allah. Bukan lillahi Taala. Dia lakukan semua tu hanya kerana ingin disanjungi, ingin di puji, ingin dilihat oleh manusia semata mata.

Allahu Rabbi. T_T

Pada suatu ketika, dia dikecewakan oleh seorang insan. Insan yang awalnya banyak bantu perubahannya. Insan yang banyak memberi semangat padanya. Oleh sebab dia kecewa dengan insan itu, dia turut berputus asa dengan Allah.

Selama beberapa bulan hidupnya tanpa rasa bertuhan. Syariat yang wajib dia abaikan.

Tiba tiba, Allah hantar seorang insan lain kepadanya untuk membantu dia. Kehadiran insan itu betul betul memberi kesedaran padanya.

"Bertaubatlah. Tajdid niat kau balik. Buat semua hanya kerana Allah. Buat apa nak buat kerana manusia ? Semua tu sia sia je weh. Manusia tak kekal."

"Sampai bila kau nak jadi macam ni ? Kau dah berubah 360 darjah. Allah takkan uji hamba Dia kalau dia tak mampu weh. Kau ingat ni."

"Allah tahu apa yang kita mampu. Apa yang kita tak mampu. Kau jangan lah futur ceni weh. Aku tak suka tengok kau ceni. Kuat lillah. Qowwiey."

Sungguh, dia rasa tertampar dengan ayat tu.

Dia kembali bermunajat kepada Allah. Mohon supaya diberi hati yang kuat untuk lakukan perubahan semata mata kerana Allah.

Malamnya dihabiskan dengan beribadat pada Allah.

Tibalah satu masa, dia on facebook. Dia mula tulis status. Macam biasa.

Selesai tulis status, seperti biasa, ramai yang like. Syaitan kembali berbisik,

"Nak ramai lagi yang like"

Allahu. Sungguh dia benar benar sedang diuji.

Allah yang Maha Pemurah,memberinya ilham. Bagaimana ingin ikhlas.

Memang. Bunyinya macam budak budak tapi, dia lakukan dengan bersungguh sungguh. Alhamdulillah. Hasilnya sangat luar biasa.

Readers semua nak tahu apa yang dia buat ?

Setiap segala perbuatan yang dia lakukan, dia akan lafaz,

“aku buat kerana Allah”
"aku buat kerana Allah"

Di semua tempat, di buku tulisnya, sampai habis 2 or 3 buku dia tulis. Dalam biliknya, dia tampal kertas besar.

"aku buat kerana Allah"

Wallpaper handphone dan laptop pun sama gak.

“aku buat kerana Allah”

Masa nak solat, nak makan, nak study, pakai baju, tido, bangun tido, semuanya dia akan lafazkan supaya telinganya boleh mendengar suara yng dikeluarkan.

“aku buat kerana Allah”

Hampir semua perkara dia lafazkan niat tersebut. Sehinggalah dia benar benar jadi seorang yang seperti yang diniatkan.
Sehinggalah amalan yang dia lakukan bukan lagi kerana manusia.

Allahu. Segalanya dengan pertolongan Allah jua.

Sesuatu perubahan itu tidak akan kekal, sekiranya diniatkan kepada manusia yang jua tidak kekal.

Yakinlah pertolongan Allah berada dimana2 sahaja. Yakinlah Allah itu sangat berkuasa atas segala sesuatu.

Dah baca ? Insya Allah semoga diberi manfaat. Ok gua nak tido. Esok sekolah. Heee. Assalamualaikum readers semua.


Posted via Blogaway - Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. perisian yg baik dik . keep dakwah ! kk arifah sokong ateng

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD