Kutuk diri sendiri dulu !

11:15:00 AM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [55:42]

Repost : SIR (engine serch)

Kalau kita cakap perompak itu jijik. Apa bezanya dengan kita yang tak tutup aurat ? Kalau kita cakap penzina itu hina. Apa bezanya dengan kita yang tak pernah solat ? Bahkan sengaja meninggalkan solat. Kalau kita fikir pembunuh itu kejam. Apa bezanya dengan kita yang sentiasa mengutuk dan memfitnah orang ?

Fikir.
Berapa ramai manusia yang suka tuding jari dekat orang lain. Sedangkan diri sendiri dah lama jatuh dalam lembah hina. Berapa ramai manusia yang sentiasa nasihat orang. Sedangkan diri sendiri hanyut di sungai maksiat. Berapa ramai yang suka kutuk orang, dalam diam diri sendiri yang sepatutnya dia kutuk. Diri sendiri yang sepatutnya dikritik.
Berapa ramai manusia yang mengutuk manusia lain seakan diri sendiri terhindar dari dosa ?
Yang maksum itu para Nabi dan Rasul.
Kita ini siapa nak berlagak alim? Kita ini siapa nak menghukum?
Manusia sekarang bercakap macam memang dah comfirm masuk syurga. Bercakap macam lah syurga dan neraka tu berada di atas tangan mereka. Menghukum sesuka hati. Membuta tuli. Mereka yang ditegur, memang mereka melakukan dosa. Tapi jangan sesekali tutup mata mereka dari melihat rahmat Allah dengan sesuka hati cakap mereka akan masuk neraka.
Ingatkan mereka tentang betapa luasnya pintu taubat yang telah Allah buka kepada manusia.
“Katakanlah wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [39:53]

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. [66:8]

Kau, aku, kita semua perlu gunakan masa untuk muhasabah diri sendiri. Bukan muhasabah orang lain sampai diri sendiri tersungkur. Takde siapa peduli termasuk diri sendiri. Orang lain bangkit. Jadi lebih baik kerana kutukan kita. Kita pula tambah dosa setiap masa dengan mengutuk orang.
Sebelum kata tentang aurat orang. Tengok aurat sendiri. Sebelum kata tentang masalah orang, tengok masalah sendiri. Sebelum kata tentang perangai orang lain. Tengok perangai sendiri. Kita ni dah cukup bagus sangat ke ?

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." [24:31]

Sekian post untuk hari ni. Salam maulidur Rasul :') Sedih sebab blog dah tukar url dan post tak keluat dalam dashboard T.T Ujian.
P/s : Do follow my twitter acc --> @TheFKyraa


Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' bloggers XD
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD