Re-post : Azam baru ?

12:29:00 AM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ?

Source : Budak Tomato

Hm mungkin dah terlambat kot nak ucap SELAMAT TAHUN BARU. Hehe takpe takpe. Fafa cuma nak kongsi satu entry ni. Rasa cam best pulak. About "Azam"

"
Jadi, apa azam tahun baru?
"Soalan tak boleh rare lagi ke? Semua pakat tanya pasal azam tahun baru. Azam tahun lepas pun tak tertunai. Tahun tahun lepas pun masih terbengkalai."
Ketawa.
Apa kata tahun ni kita cuba benda lain? No more tanam azam macam tahun-tahun sebelum ni? Takpe biar sederhana, kita buat short-term goal. Kita usaha capai target sama-sama. Supaya kalau 2014 ni jadi tahun terakhir kita di dunia, sekurang-kurangnya ada perkara yang kita dah selesaikan.
So nak buat apa?
Apa kata kita main peranan pula dalam dunia dakwah ni?
"Apa caranya nak memainkan peranan dalam bidang dakwah? Aku ni ilmu kemain ceteknya." - Zul, Bangi

"Susah nak berdakwah bagi perempuan ni. Bila nak bersuara orang kata macam-macam. Bila nak melangkah cakap pasal agama dah kena gelak, kena ejek. Itu belum lagi pakai niqab, orang gelakkan katanya ninja sesat." - Kak Dijah, Segamat

"Dakwah ni bukan untuk bermain-main, apa maksud anda nak suruh berazam untuk main?" - Pakcik Meon, Pasar Ikan

Okey, bukan kita nak main-main dalam berdakwah, tapi siapa kata kita kena serius dua puluh empat tujuh?
Nak mainkan peranan dalam dakwah, tak semestinya dengan menjadi pendakwah. Duduk dalam masjid dengar tazkirah, kuliah subuh pun dikira memainkan peranan juga. Mana ada dakwah yang akan berjalan kalau tak ada yang nak menjalankan? Harini kita dengar ceramah, mana tahu esok lusa, kita dijemput sebagai penceramah? Harini kita baru nak melangkah, esok lusa kita punya giliran pula untuk bantu orang lain melangkah.
Perempuan dan dakwah?
Sampaikan Islam sememangnya mudah, tambah akhir zaman ni dah serupa macam zaman jahiliyah, di mana perempuan cuma dijadikan bahan untuk 'suka-suka'. Takde rasa hormat pada perempuan. Kalau yang dikatakan ambil gambar perempuan seksi untuk dijadikan model langsir, model sport-rim, itu sama sekali bukan tanda hormat. Perempuan harus dimuliakan, bukan dijadikan bahan tontonan umum.
Mana ada permulaan yang mudah.
Dan ada sorang adik tingkatan empat tanya, "habis bang, macam mana nak dakwah kalau macam ni? payah."
Aku senyum di sebalik skrin. Ceh ayat tak boleh tahan baku.

Macam ni lah, dakwah boleh jadi melalui pakaian. Boleh jadi dari akhlak. Boleh juga dari kata-kata. Tak semestinya dakwah tu kena duduk depan laptop tweet agama khalayak ramai dan bercakap tentang agama. Biasanya bonding sesama akhawat ni rapat macam adik beradik, setahu aku. Jadi apa kata, saling mengingatkan, saling berpesan-pesan. Bagi senior, tunjukkan contoh baik kepada adik-adik. Jaga bahasa, jaga kelakuan. Itu juga salah satu cara dakwah.
Oh ya, kalau setakat dipanggil ninja, jangan sedih tapi bangga. Sebab ninja juga superhero, dan anda yang berniqab itu superhero ummah lah. Tapi kalau dah jadi superhero, tak bolehlah nak tayang-tayang diri di laman sosial, bergambar tak salah, yang salah tu bila menggedik maksudnya macam posing gaya ala-ala manja dengan mata pakai celak tujuh lapis, eye shadow kepenamanya tu warna warni kalah burung merak. Sebab anda bukan ironman. Cuba tengok superhero lain, sedaya upaya taknak orang tahu siapa mereka (ini bukan kenyataan nak menyuruh anda jadi anonymous) tapi itulah, yang baik kita ambil, yang buruk kita tanam di tempat yang susah untuk digali.
Cukup pasal azam tahun baru, jadi macam mana nak realisasikan?
Tipsnya mudah.
Amar makruf nahi munkar.
Mudah.
Sebab cakap tu mudah. Nak buat tu yang perlu mujahadah.
Jadi azam tahun baru ni, nak buat kebaikan dan cegah kemungkaran. Selagi mampu. Selagi terdaya. Kalau tak mampu dengan perbuatan, cegah dengan lisan, kalau tak mampu juga, cegah dengan hati.
Juga ada permintaan khusus dari pelajar tingkatan empat yang nak masuk tingkatan lima. Kalau result form 4 tak okey, macam mana nak balance semula masa form five?
Tak ada benda yang mustahil dalam dunia ni selagi mana kita yakin pada Allah, kita usaha sehabis daya, tak membuang masa, fokus. Insyaallah mampu.
Manfaatkan masa belajar yang ada. Anda bukannya berada di tahun untuk berehat-rehat. Malah dunia ni bukan tempat untuk rehat, nak rehat, rehat di syurga sana. Jadi itulah bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Tips untuk cemerlang versi Budak Tomato. (Kalau rasa taknak ikut, jangan paksa sebab aku pun tak belum cemerlang mana. Marilah sama-sama mencuba. Semoga Allah bantu.)
1. Jaga enam anggota.

1. Jaga mata dari melihat perkara-peraka yang dilarang - bahan lucah, perkara yang melalaikan, usha yang berlainan jantina dll
2. Jaga telinga dari mendengar perkara yang sia-sia - umpatan atau nama lainnya gossip, lagu-lagu yang melalaikan 
3. Jaga mulut dari perkara yang mendatangkan dosa - makan makanan dari sumber yang haram, menipu, mengumpat, membuka aib sesama saudara, memfitnah dsb
4 dan 5 mungkin? Jaga perut dan kemaluan - bersikap iffah dan sabar dalam mengawal nafsu.
6. Jaga hati dari dikotori bintik hitam.
2. Alert

Sentiasa mendahulukan solat sebelum apa-apa perkara. Banyakkan lagi amal ibadah dan tingkatkan prestasi akhlak. Semakin hari semakin soleh/ah
Jangan biasakan tangguh solat ataupun taubat sebab maut takkan tunggu kita. Bila sampai masanya, takkan sesaat pun di percepatkan dan takkan sesaat pula dilewatkan.
3. Hormat dan berkasih sayang

Hormat guru yang mengajar, walau tak faham apa yang diajar, itu bukan tiket nak mengumpat cikgu tu. Tak puas hati, cakap depan-depan cikgu tu. Cakap kat dia yang anda tak boleh masuk dengan cara cikgu tu secara sopan dan berhemah. Eratkan kasih sayang sesama sahabat dan adik-adik junior.
Taat perintah Allah dan ibu bapa. Masih muda untuk melanggar arahan. Sedangkan arahan dicipta bukan untuk dilanggar, tapi untuk dipatuhi.
Banyak lagi nak berkongsi tapi di Malaysia dah pukul enam. Maaflah laptop ada problem.
Okay jenis menunding jari ni pun tak bagus, salah sendiri pergi salahkan yang lain sebab nak backup diri sendiri. Jadi maaf salah silap.
Bak kata Inche Gabbana, jom guling ke masjid malam ni, sambut tahun baru dengan tahajjud dan munajat."

So apa azam tahun baru korang ? Feel free to share :)

P/s : Do follow my twitter acc --> @TheFKyraa
Feel free to request any tutos in my ask.fm

Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' bloggers XD

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. Sama2 menjalankan dan merealisasikan azam... :')

    ReplyDelete
  2. jemput join http://batrisyiadelaila.blogspot.com/2013/12/simple-giveaway-by-batrisyia-delaila.html

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD