Repost : Ujian tanda Allah sayang

10:47:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? 

Repost : Fafakyraa's second blog

Umi selalu pesan, kalau nak ikut cakap orang ni, memang tak boleh. Blia dah buat macam diorang nak, lain pulak diorang mengata. Umi cakap kita kena kuat, Allah takkan uji hambaNya kalau hambaNya tak mampu nak tanggung. Allah uji tu maksudnya kita mampu lagi nak tanggung semua tu. Qowwiey lillahi taala.

"Jangan risau. Kak, umi tahu akak kuat. *senyum* "

http://30.media.tumblr.com/tumblr_lyfiucNWzN1qfwp61o1_500.jpg

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri. Sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


Kadang-kadang kita persoalkan kepada Allah kenapa kita ditimpa ujian yang berat sangat sampai kita lupa pada siapa tempat kita mengadu. Nauzubillah.. Lemahnya iman kita.
"Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya." 

Ye ! Itulah kata kunci segala persoalan yang tak terjawab tu. Allah tahu kita kuat, kita mampu, kita sanggup terima ujian tu. Itulah sebab Allah bagi ujian kat kita. See ! Allah sayang kita. InsyaAllah :)

Jika rasa sedih, alihkan pandangan ke langit dan ingat ALLAH ada bersama kita. Berdoa pada Allah. Dekatkan diri kita pada pencipta kita, yang memegang hati kita. Usaha juga. Disamping berdoa kita usaha la juga selesaikan masalah yang kita hadapi. Mungkin kadang-kadang kita rasa tak kuat nak hadapi dan itu lah cabarannya. Hasutan syaitan tak pernah lenyap.

Andai rasa tak kuat sangat, cari lah kawan, sahabat, teman yang sentiasa memberikan kata semngat pada kita bukan yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat. Kita tak mungkin hidup tanpa mereka. Syukran sahabat :)

Apa yang ditetapkan pada kita itulah yang terbaik. Selepas satu ujian selesai, pasti satu ujian lain datang. Untungnya kerana Allah sayang akan hambaNya dan sebab itu ujian sentiasa datang bertimpa-timpa. Doa. Berdoa lah. merintihlah pada Allah sebab Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya.


Penat dah dengar orang mengata. Biarlah, makin dilayan, makin menjadi. Sungguh, Allah bersama orang yang sabar :) Sombong orang tak suka. Peramah lagi orang tak suka. So buatlah apa yang Allah, suka, automatik manusia pun suka. InsyaAllah :)


 

Still alive :) Jangan risau.
P/s : Do follow my twitter acc --> @TheFKyraa 

Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' bloggers XD

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD