Tarbiyyah diri

7:00:00 AM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [55:42]

Seringkali kita mendengar perkataan tarbiyyah. Apa maksud tarbiyyah ni ? Jika ditanya kepada saya apa maknanya tarbiyyah dahulu,

Saya dengan yakin pasti akan menjawab ia adalah satu didikan.

Ya, betul.Tak salah definisi tersebut. Namun, semakin lama saya berada dalam jalan ini, saya mula menemui pengertian sebenar tarbiyah itu. Tarbiyah itu bukan hanya sekadar didikan. Tarbiyah yang sebenarnya punya kuasa mengubah.

Didikan yang mengubah.

Percaya, no ?

Okay.

Lihat kembali diri kita.

Sejauh mana tarbiyah itu berkesan pada diri kita adalah dengan melihat sejauh mana kita sudah berubah. Berubah ke arah kebaikan.

Kalau dulu kita merupakan seorang yang pemarah, sejauh mana tarbiyah itu mengajar kita untuk menahan marah, malah bersikap lebih lembut.

Kalau dulu kita merupakan seorang yang suka membuang masa, sejauh mana kita mula menjaga masa kita.

Kalau dulu kita adalah seorang yang bergaul bebas lelaki dan perempuan, sejauh mana kita mula menjaga ikhtilat sesama lawan jantina.

Kalau dulu kita tidak kisah membuka aurat, sejauh mana kita mula menjaga aurat kita dengan sebenar-benarnya.

Kalau dulu kita hanya taksub dengan hiburan semata-mata, sejauh mana kita mula meninggalkannya dan mula cakna akan isu yang lebih bermanfaat buat diri dan ummah.

Kalau dulu kita tidak mampu berkata-kata dengan baik di hadapan orang lain, sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki kelemahan tersebut demi menyampaikan Islam kepada mereka.

Banyak lagi jahiliyyah kita yang pernah kita buat suatu kala dahulu. Namun, tarbiyah itu punya satu kuasa luar biasa. Ia mengubah.Dengan SYARAT jika tarbiyah itu benar-benar BERKESAN.Tarbiyah itu berkesan ke atas diri kita andai kita berani meninggalkan jahiliyyah-jahiliyyah tersebut.

Dan menjadikan diri kita seorang yang lebih baik.

Demi menggalas tanggungjawab kita sebagai 'abid dan khalifah.

Jahiliyyah ni sebenarnya melemahkan tarbiyah diri. Allah mahu menyucikan kita dengan tarbiyah dariNya. Tapi kita kotorkan semula dengan jahiliyyah kita.

Maka, mana kesannya ?
P/s : Do follow my twitter acc --> @TheFKyra
Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' bloggers XD
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

3 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD