UsrahTeam : Cara-cara menjauhi zina

4:15:00 AM

Assalamualaikum. Sobahal khoir readers. Nak kongsi sikit tazkirah pepagi buta ni boleh ? Insya Allah akan bermanfaat kepada kita semua. Boleh ye ? Okay. Proceed.

Usrah pagi ni bertajuk "cara-cara untuk menghindari zina"

[1] Tidak berdua-duaan antara lelaki dengan perempuan bukan muhrim. Sama ada di rumah, di pejabat atau di mana saja.

Sabda Rasulullah saw,

"Tidaklah seorang laki-laki yang berdua-duaan dengan seorang wanita, kecuali yang ketiganya adalah syaitan."

[2]  Bagi para wanita muslimah, hindarilah Tabarruj (berhias diri) dan Sufur (tidak menutup aurat) ketika keluar rumah, kerana ini boleh menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. Allah.

Rasulullah bersabda, "Ada dua golongan penghuni neraka dan
disebutkan salah satu diantaranya- wanita yang berpakaian tapi telanjang dan berjalan miring berlenggak-lenggok."

Dan pakaian yang paling dianjurkan adalah abaya yang sederhana (pakaian berwarna hitam yang menutupi seluruh tubuh), menutup kedua tangan dan kaki serta tidak menggunakan wangi-wangian.

Hendaklah mencontohi Ummahatul Mu'minun dan Shahabiyat, bila keluar rumah mereka itu bagaikan burung gagak yang memakai pakaian hitam, tidak sesuatu pun dari tubuh mereka yang terlihat.

[3] Hindari membaca majalah-majalah yang merosak dan menonton filem-filem yang
terdapat adegan porno, kerana ini akan membangkitkan nafsu seks. Maaf. Jangan rosakkan rumah kita, hati kita dan akal kita dengan hubungan-hubungan yang diharamkan.

[4]  Allah berfirman, "Dan diantara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu bahan olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan." (Lukman:6).

Maka hindarilah mendengarkan lagu-lagu yang mengasyikkan, yang lalai, yang lagha. Hiasi pendengaran kita dengan lantunan ayat-ayat suci Al-Quran, selalulah membaca dzikir dan istighfar, perbanyaklah dzikrul maut (mengingat mati).

[5] Takutlah kepada Yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Maha Mengetahui apa-apa yang tersembunyi. Rasa takut ini adalah yang paling tinggi yang menjauhkan seseorang dari perbuatan maksiat. Anggaplah bahawa ketika kitaa tergelincir dalam perbuatan zina, maka macam mana kalau hal itu diketahui oleh bapa kita, ibu kita, saudara-saudara kita ? Allahurobbi. Tak dapat digambarkan perasaan kecewa meraka.

[6] Mencari kawan yang baik dan hindari kawan yang tak bawa apa apa faedah. Kerana mereka mereka ni seperti seorang pencuri yang masuk secara sembunyi-sembunyi mencuri kesempatan hingga ia menggelincirkan kita kepada sesuatu yang diharamkan.

[7]  Perbanyakkan berdoa. Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Setiap kesusahan itu Allah dah janji akan sertakan jalan penyelesaian. Insya Allah.

[8]  Tidak membiarkan waktu senggang berlalu macam tu je kecuali dengan membaca al-Quran.

Berusaha menghafal apa yang mudah dari al-Quran. Kalau kita tidak disibukkan dengan ketaatan dan ibadah, maka kita akan disibukkan dengan bnda bnda yang tak dapat bantu kita pun kat akhirat kelak.

[9] Ingatlah bahawa kita akan meninggalkan dunia ini pada bila-bila masa. 

Allah berfirman, "Dan berilah mereka peringatan tentang hari penyesalan." (Maiyam: 39).

Iaitu hari dibukanya segala hal yang tersembunyi, hari dimana seorang ibu yang menyusui melupakan anaknya yang sedang dia susui.

[10]  Hati-hati menggunakan telefon, jangan sampai menjerumuskan ramai manusia, lelaki maupun wanita, dalam perbuatan zina. Semoga kita tak menjadi salah satu daripada mereka yang menjadi korban.

Insya Allah. Semoga perkongsian yang sedikit ini memberi manfaat kepada kita semua. Ameen. Assalamualaikum. Maassalamah wa ilalliqa' bloggers.


Posted via Blogaway - Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. acano nak tinggal jejak kat blog cik ten ni? takkan kat comment je?

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD