UsrahTeam : Kenapa susah sangat nak bersyukur ?

11:59:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? 


Amaran : Post ini terlalu panjang XD Baca dan hayati.

Kita selalu cakap macam ni:

"untung lah dapat A subjek ni, aku dapat ciput je"

"untung lah muka cantik, semua suka"

"Yelah kau kaya boleh la"

Fafa pun pernah guna dalam sedar mahupun tak :'(

Siapa pernah dengar atau guna ayat ayat macam ni ? Sebenarnya manusia memang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang mereka ada. Merungut-rungut dengan ketidakcukupan meskipun dalam minda atau hati.

Ada je yang tak cukup. Sedangkan apa yang Allah bagi dekat kita lebih dari cukup dah. Allahu Rabbi. Dalam tak sedar sebenarnya kita dah terikut-ikut nafsu. Yezza. Betul. Kita tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan.
 
Contohnya :

Bila dah dapat kereta mesti rasa macam "eh kalau dapat kereta yang lagi besar mesti lagi best"

Bila lapar nak makan tapi bila Allah dah bagi rezeki makanan tapi tak kena dengan selera kita cakap "hish. Tak sedap la. Buang je la."

Tidak bersyukur itu lah masalah kita semua. Kita ni, tanpa sedar, kadang-kadang percakapan kita menunjukkan yang kita masih tak bersyukur. Tak bersyukur selalu mengaburi mata kita. Selalu nikmat yang datang kita buat buat tak nampak tapi sibuk cari nikmat yang kita tak dapat lagi. Allah. Sebenarnya kita yang buta nikmat.

Bersyukur ni macam ni : 

Segala ucapan, sikap, dan perbuatan terima kasih kepada Allah swt dan pengakuan yang tulus atas nikmat dan kurnia yang diberikan-Nya.

Ada cara kita nak bersyukur.

Melalui hati.
Perbuatan.
Lisan.


Hati kita merasakan nikmat semua yang kita perolehi semua dari kebesaran Allah. Rezeki dari Allah

Dari lisan kita mengucapkan syukur "alhamdulilah" Terima kasih Allah. Patuh perintahNya.

Dengan perbuatan kita meninggalkan laranganNya. Solat tu juga tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah.

Cube teka nikmat Allah yang mana yang paling penting kita kena bersyukur ?

"Nikmat Islam dan Iman"

Sebenarnya hidup kita memang perlu banyak bersyukur. Ya. Nikmat iman dan islam ialah nikmat paling besar yang wajib kita syukuri. Walaupun musibah melanda, kita perlu bersyukur. Kerana Allah sedang menguji kita. Bila Allah uji kita tu tanda Allah sayang dan Allah rindu pada kita. Rindu nak dengar kita berdoa padaNya. Sweetkan Allah ? :')

Manusia yang banyak bersyukur ni hati dia akan sentiasa tenang. Dalam maksud lain bersyukur ni macam kita selalu berfikiran positif bersangka baik dengan Allah itu penting. Kerana Allah tu mengikut sangkaan hamba-hambaNya

"Sungguh mengagumkan (ajaib) pada seseorang muslim, semua yang terjadi pada dirinya selalu mendapat kebaikan. Kalau mendapat kesenangan ia terus bersyukur. Maka itu sangat baik untuknya. Dan jika ditimpa musibah ia terus bersabar dan ini pun baik untuknya"
(Hadis Muslim)

Bila ditimpa musibah kita tetap bersabar maka musibah itu menjadi baik untuknya.
Macam sekarang ni. Kita dipilih Allah untuk terus diuji dengan harta. Krisis negara. Belanja harta dengan boros. Membazir. Sambut tahun baru bagai nak rak T.T Allah. Zaman dah berubah. Sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau kita meletakkan kebahagiaan kita pada harta, kita akan bersedih dan kecewa. Sedangkan kita tahu dengan solat dhuha Allah janji rezeki akan melimpah ruah.

Siapa tahu apa maksud Istidraj ?

Istidraj ni nikmat yang Allah bagi untuk membuatkan kita terus leka. Sebab tu perlunya kita bersyukur dengan nikmat yang Allah beri supaya kita tidak istidraj.

Bila kita dah terbiasa peroleh nikmat tu. Tiba tiba Allah ambil balik. Mula merungut, mengeluh bagai.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari nikmat Allah maka sesungguhnya AzabKu amatlah pedih"

(14:7)

Dah banyak Allah bagi nikmat dekat kita selama ni.

"Maka nikmat tuhanmu yang manakah yang kau dustakan"
(55:13)

Allah repeated these ayat for 31 times.

Banyak nikmat nikmat Allah yang kita dustakan. Lagi lagi nikmat masa lapang. Asyik lagha je. Cuba flashback balik. Nikmat waktu sihat. Masa sihat apa yang kita buat untuk isi masa tu ? Bila sakit baru teringat Allah. Ingatkah kita berapa banyak nikmat yang kita dapat sejak lahir ?

Dan berapa banyak kali kita bersyukur ? Selalu cakap dekat diri sendiri jangan la kufur nikmat. Bila minta Allah bagi. Tapi bila dah dapat tak bersyukur. May allah guide us. Jangan besarkan nafsu. Jangan biarkan nafsu kawal kita.

Siapa tuan ? Nafsu atau kita ?
Siapa Tuhan ? Nafsu atau Allah ?

Selalu usaha untuk menunggang nafsu. Maksudnya, kita yang kawal nafsu. Bukan nafsu yang tunggang kita. Bersyukur dengan rezeki yang Allah beri.

Sama sama kita mengejar redha Allah dengan menjadi hamba yang sentiasa bersyukur walaupun ditimpa pelbagai ujian. Kita sebagai daie dan daieyyah nilah peranan yang penting untuk kembangkan islam dengan tarbiyyah. Dengan tarbiyyah timbul semangat jihad. Dengan jihad ni lah orang Islam akan faham apa itu AGAMA islam tu sendiri.

Jom jadi daie. Kita semua daie. Tak perlu tunggu kita sempurna baru nak ajak orang lain. Manusia ni takde yang sempurna. Kita bukan maksum.

 “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)



Posted via Blogaway - Fafa Kyraa

P/s : Do follow my twitter acc --> @TheFKyraa 
Feel free to request any tutos in my ask.fm


Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' readers XD

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. Subhanallah Saya tertarik ngan post awak Tq yea

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD