Tenang

9:42:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

 
*hammer betul betul ayat ni dalam hati kita*

Dalam hidup ni, tak semua benda yang kita nak, kita boleh dapat. Redha dan bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan sesekali merungut. Sebab orang yang merungut ni tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi dekat dia.

Memang tak mudah kita nak redha dalam terpaksa. Aku pun sama macam tu. Tapi ubat hati dengan ayat Allah. Lama-lama kau akan redha jugak. Solat pun kena jaga sebab sometimes a single sujud to Allah, heals all the pain beb. Tu pun kalau sujud bebetul T.T

Ada satu masa, bila aku rasa hati aku dah tak tahan dengan perangai jahat aku sendiri, aku mintak pada Allah agar buang semua perangai jahat aku. Tak semua pun, sekurang kurangnya aku boleh jaga.

Dan.... kau tahu apa jadi lepas aku mintak ? Allah Allah. Dia Maha pemaaf. Aku rasaaaaaa tenang sangat. Indeed Allah Al-Ghaffur. Aku tak tahu kalau Allah sudi tak maafkan aku, tapi, aku rasa tenang sesangat. Alhamdulillah.

Aku takde lah baik macam yang orang lain nampak. Honestly, aku ni split personality. Atas sebab-sebab tertentu. Kengkadang aku sendiri takut dengan perangai sendiri. Orang lain aku tak kisah kalau nak describe aku cane. Suka hati lah. Tapi aku pada pandangan Allah. Apaaaa cittaaaa beb ?

Sebab tu lah, dalam jahat jahat aku, aku cuba gak nak jadi baik. Walaupun takdelah baik sangat, tapi aku tetap cuba. Orang lain nak cakap apa, tu diorang dengan Allah.

Beb,
kalau kau tahu siapa aku,
kalau Allah buka aib aku,
kalau aku ni tak macam yang kau sangka,

aku harap,

kau

tak benci aku.
 
 *Indeed, akhirnya, Dia juga yang tolong aku. Hantar orang untuk tarik aku daripada terus terjun dalam lubang jahilliyah. Terima kasih Allah*
 
Okay. Syukran. Ma'assalamah wa Ilalliqa' readers.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD