Susah !

7:49:00 PM

 
*credit : tumblr*

Assalamualaikum readers.

Cinta ?

Apa definasi cinta ni sebenarnya ?

Love is cinta.
Cinta is love.

Ehemm.

Izinkan aku memulakan bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam hidup ni, jangan sedih kalau apa yang Allah bagi pinjam tu Allah tarik balik. Memang susah nak lupa. Contohnya cinta.

Ramai yang cakap

"Aku tak boleh lupakan dia lah. Dia satu dalam seribu"
"Mana nak cari orang macam dia. Baik cam malaikat dengan aku."
"Aku tak boleh lupakan kenangan dengan dia. Macam mana nak move on ?"
"Cinta ni. Aku tak boleh buang lah. Susah."
"Aku em em tak boleh lah. Aku bahagia dengan dia. Kalau dia takde, aku macam mana ?"

"Dia cantik. Mana aku nak jumpa minah camtu lagi ? Rugi ah kalau lepaskan."
-------------------------------------------------------------------------------------

Ok. Ok. Meh chaq nak habaq kat antum antunna semua. Dengaq noh.

Cinta tu anugerah. Semua orang pernah rasa.

Even aku sendiri. Ehem.

Cinta tu tak salah. Cinta tu suci. Jangan benci cinta. Yang harus dipersalahkan ialah diri kita sendiri. Sejauh mana kebijaksanaan kita membawa cinta.

Cinta untuk ajnabi = cinta plastik

Cinta untuk Allah = cinta hakiki

Bila tiba masa untuk kita lepaskan seseorang, lepaskan dia. Allah dah tunjukkan jalan keluar yang mudah untuk kita. Serahkanlah hati yang terluka tu pada Allah. Hanya Dia yang boleh sembuhkan luka kita ni. Memang tak mudah nak lepaskan apa yang kita sayang. Tapi lagi susah kalau nak  mempertahankan apa yang bukan milik kita. Dan mungkin memang sejak azali tak ditakdirkan untuk kita.

Aku akui benda ni tak semudah melepaskan layang-layang yang terbang tinggi. Kadang-kadang kita berharap apa yang terlepas tu akan kembali balik. Tapi realitinya bukan macam tu. Jangan menangis untuk sesuatu yang bukan Allah takdirkan untuk kita. Mengaku redha tu mudah, tapi susah nak laksanakan. So, dengan hati yang rendah, sandarkan segala harapan pada Allah. Dia lebih tahu.

Pesan pada hati,

Bukan saja-saja aku lepaskan, tapi aku lepaskan kerana Allah.

Hammer ketat ketat dalam hati,

Kesayangan aku biar Allah yang jaga. Serahkan semuanya pada Dia.

Aku tak nafikan, orang yang putus cinta ni, kalah dengan hati sendiri. Tunduk dengan perasaan sendiri. Biarkan hati dan perasaan yang kawal akal. Turutkan je kemahuan hati dan perasaan hingga dia jadi sakit sangat. Sampai satu tahap. dia rasa macam dah taknak hidup. Allah. 
Satu je pesan aku.
Fikir perasaan mak ayah yang bimbangkan keadaan kita. Tujuan kita sekarang ialah belajar dan buat mereka bangga. Aku tahu benda benda yang melibatkan soal hati ni payah. But trust me, Allah sayangkan kau. Dia dah ada perfect plan.

Let go of something ni bukan lah the end of this dunya. Banyak lagi nikmat yang Allah bagi. Cuma Allah tarik satu je. Tu pun untuk kebaikan kita jugak. Apa lagi yang kita tak puas hati ?

Ujian hati ni kes kecil je. Dia tarik balik sebab Dia sayang. Bersyukurlah.

Lebih baik kita menunggu orang yang tepat untuk bertahun lamanya daripada kita menghabiskan masa dengan orang yang salah.

Pasak bebetul ayat ni dalam hati. Siapa yang rugi kalau bukan kita ?


Biarkan kekecewaan dan rasa cinta tu terbang dibawa angin.

Jangan biarkan diri terlalu hanyut dalam kekecewaan. Memang susah nak melepaskan apa yang kita sayang. Tapi tak guna gak simpan apa yang bukan milik kita. Lepaskan dengan harapan ada yang lebih baik menanti kita di hadapan.

Takyah takut dengan masa depan kita. Jangan rush sangat soal hati ni. Bila dah tiba masanya, kau nak fikir, kau fikir. Buat masa sekarang ni letakkan cinta terhadap Allah yang hakiki dalam carta hati nombor satu.

Kalau Allah dah takdirkan jadi milik kita. Benda tu takkan jadi milik orang lain. 

Yakinlah dengan janji Allah S.W.T kepada hamba-Nya. Buang semua perasaan was-was terhadap apa yang telah Allah S.W.T tentukan untuk kita. Mungkin apa yang kita sayang, tak baik untuk kita. Sesungguhnya, DIA yang Maha Mengetahui segala-galanya.
“Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak. ( Al-Baqarah 216 )”

Lepaskan dia. Kebahagiaan kau bukan bergantung pada dia pun. Tapi pada Allah. Bila Allah tarik maknanya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. So, kita takkan rugi pape. Cuba slow slow lupakan masa lalu. Malu lah dengan diri sendiri, belum apa apa lagi dah bersweet. So, take this chance untuk berubah menjadi yang lebih baik. Jangan pulak dah putus tapi pergi cari pakwe baru. Insaf insaf lah. Kita ni mungkin tak lama. Esok, entah ada. Entah tidak. 

Take a step to change into a better person. Superohsem Muslimat wa Supersaiya Muslimin.

Cinta Allah nombor satu. Cinta lain Allah akan bantu. Cinta Nabi jadi prioriti  Moga Syurga menanti. Lupaknlah cinta ajnabi, simpanlah untuk suami

"Ellerinde ruh gibi, ah portakal kokusu." 
Kan lebih sweet setelah halal ? Ehem.

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum kesayangan
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)