Famous

1:16:00 AM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada manusia yang suka perhatian. Ada manusia yang suka hidup dalam dunia sendiri.

Pada aku perhatian tu tak perlu dicari. Biar benda tu datang sendiri.

Famous.

Nak famous bukan nya susah mana. Kan? Tak gitu?

Correct me if I'm wrong.

Ada je remaja yang sanggup memalukan diri sendiri sebab nak perhatian. Banyak kot dekat luar sana. Bermacam jenis social media yang ada dalam dunia ni. Semua boleh guna untuk dapatkan perhatian.

Aku taknak cakap banyak. Semua dah boleh agak sendiri.

Tapi, perhatian tu biarlah memberi faedah kepada orang lain. Maksud aku, yang memberi kita saham untuk akhirat nanti. Nak ke setiap apa yang kita kongsi tak membuahkan hasil apa apa? Tak payah cakap banyak, tersasar niat sikit pun Allah tahu. Ni kan pulak kalau dah betul betul lari daripada landasan.

  • Video.
Video tu biarlah memberi faedah kepada orang lain. Bukannya buat aksi terkinja kinja depan camera. Segala jenis tarian dan lagu dia bahan. Suara tu jaga. Jangan lembutkan sangat. Ni nak upload video pun lahai gemalainya suara. Sampaikan aku yang perempuan pun cair. Inikan pulak lelaki. Bahaya. So sebagai conclusionnya, tak payah la upload ye :)

  • Gambar
Selfie? Haaaaaaa. Yang ni. Siapa cakap aku tak suka selfie? Sampai penuh memory phone dengan selfie sendiri. Gambar tu tak perlu lah kita pamerkan banyak banyak ye sayang sekalian :) Tak kata orang. Aku sendiri pun pernah je tempek gambar banyak banyak dekat facebook twitter instagram. Tapi apa yang kita dapat? Sekadar pujian.

"Subhanallah cantiknya ciptaan tuhan."
"Ayu. Jom kenal."
dan kita pun balas,

"Syukran. Biasa biasa je."
"Tak boleh. Men are not allowed."

Berbaloi ke?

Hammer la dada tu. Tanya diri sendiri. Is it worth?

Disini aku bukanlah nak judge sesiapa. Diri aku sendiri pun banyak kurang.

Aku cuma ingin membuat Dia tersenyum. Moga niat itu tak lari. 

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)