Rindu

9:58:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup? Iman macam mana? Sihat tak dia? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan? [ 55:42 ]

Rindu?

Missing someone means : to "notice or feel the loss or absence of."

Rindu tu jadi sakit bila kita cuba tepis banyak kali.

Dan semakin mendalam walau macam mana kita nafi dan cuba lari.

Lari daripada kenyataan 'rindu' tu sendiri.

Ok stop bermadah.

Bismillahirrahmanirrahim.

Memang normal la kalau ada rasa rindu tu. Tapi aku tengah cuba ajar diri, supaya tak rindu banyak banyak dekat manusia. Dalam proses jaga hati, rindu tu banyak kali datang tanpa diundang.

Tak adil lah kalau kita rindu pada manusia melebihi rindu pada pencipta rindu.

Kalau dulu, bila rindu je terus text terus berhubung.

Ok. Zaman jahiliyyah.

Dan nak ambik masa untuk sedar dan cuba tu bukan sekejap.

Lama.

Bila dalam proses jaga ikhtilat, jaga hati daripada rindu lelebih, banyak je cara,

  • Dekat dengan pencipta
Mendekatkan diri dengan pencipta adalah salah satu ikhtiar yang paling dominen untuk mengelakkan kita beremosi apabila merindui seseorang.

Ambik. Bm baku dah keluar.

Tak payah sembang banyak. Cara paling mudah nak elak terlalu rindu, dekatkan diri dengan Tuhan. Tapi kita ni selalu je lupa Allah. Bila dah susah baru nak cari Dia U.U

Jangan jadi orang yang bila susah je baru terhegeh hegeh kejar Tuhan

  • Luah
Ehehhhh. Bukan luah dekat manusia. Luah dekat Allah. Bila kita dah rasa sakit sangat pendam, dah tak tahu nak elak macam mana lagi, alternatif terbaik cuma luah dekat Allah. Nak menangis banyak mana pun takpe. Nangis lah kalau semua tu boleh buat kita lega. Nangis bukan makna kita ni lembik.

Tak.

Kita nangis sebab dah lama jadi terlalu kuat untuk tahan rindu.
Kita nangis sebab dah tak tahu nak luah macam mana lagi.

  • Sibukkan diri.
Tak kira la nak sibukkan diri buat apa. Belajar dan study pun salah satu cara. Kau jangan ah study sensorang. Parah weh. T.T

Sendiri = termenung = flashback

Bila kita duduk sensorang, peratus untuk flashback kenangan lama tu tinggi. Lain ah kalau kau hilang ingatan kepe.

  • Note yourself
Yang ni aku buat je. Just sediakan kertas. Phone pun boleh.

1. Ambik phone.
2. Bukak note
3. Just list some notes for yourself.

Contoh,

JANGAN BALAS MESEJ
JANGAN BALAS MESEJ
JANGAN BALAS MESEJ
JANGAN BALAS MESEJ
JANGAN BALAS MESEJ
JANGAN BALAS MESEJ

In case kalau orang yang kau rindu hantar mesej. Payah beb nak arah tangan supaya tak balas balik. Sebab tindakan refleks bila dapat mesej tak sama dengan arahan otak. Mungkin la bila dengan ada peringatan macam ni, kau boleh stop.

Mungkin lah kau cakap,

"Eh. jadi ke?"
"Is it really works?"

Just shut up and try. Kata nak jaga hatiiiii --"

Some things are better left unsaid.
- Mato

Ada perkara yang perlu kita pendam dengan manusia. Tapi luah dekat Allah. Till here. Gtg. Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD