Solehah mana suka ajnabiey!

7:32:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]


"Perempuan solehah tak pernah ada hati dengan ajnabi."

Oh.... Kay. Statement ni tak berapa betul sebenarnya.

Bismillahirrahmanirrahim. 



Perasaan cinta tu tak salah. Kita bukannya malaikat yang imannya sentiasa naik. Tak ada turun. 

Kita hanya manusia biasa. Yang tak pernah lari dengan segala jenis benda yang berkait dengan perasaan. Iman manusia ni yazid wa yanqus. Iman naik turun. Se'heartless' mana pun hati kau, aku yakin perasaan itu ada walaupun dah senipis kulit bawang.


Tipulah kalau kau cakap kau tak pernah ada hati dengan ajnabi



Cinta tu fitrah. Don't make it as fitnah.

Cara nak uruskan makhluk bernama 'cinta' ni terpulang pada diri sendiri. Sama ada nak terus dok ingat si dia, nak mesej dia, nak lagha dengan si dia.


ATAU.

Terus doa pada si Dia, musyawwarah dengan family, risik akhlak si dia, dan percepatkan urusan pernikahan. Aku taknak hurai banyak banyak sebab benda ni bukan kepakaran aku. Cuma point dekat sini is whenever you have that feeling, just take the right path. Minta pada pemilik hati, bukan pada peminjam hati.


Sedalam mana pun kita sembunyikan, Allah tetap tahu. Jangan lupa, Allah itu Maha Mengetahui. Maha Mendengar. Nak sesuatu di bawah kekuasaan DIa, minta saja. Even if we're whispering, He still hears us. Indeed.
 

Jangan sesekali terjebak dengan couple-thingy. Or nak lebih umphh lagi, couple islamik thing.

Cinta tu bukan untuk didelete. cuma kena buat status hidden kejap je sampai tiba waktunya. You just have to believe in God's timing. If He says kunfayakun, anything can happen.

"Perempuan solehah tak mencari tapi dicari."

Lupakah pada kisah Saidatina Khadijah? Meminang sendiri Rasulullah melalui Maisarah? Bukan mudah untuk melabel wanita solehah itu bagaimana, begini begitu. Bukan mudah.

Wanita soleheh itu bukan boleh dilabel sesuka hati. Kerana Allah jua mengetahui.

Surat cinta buat wanita solehah.

Assalamualaikum :)

Buat kamu yang sedang membaca. Semoga baik baik saja.

Kamu wanita solehah, perasaan cinta tu tak salah, cuma perlu dikawal seketat mungkin. Aku juga punya perasaan yang sama. Dah banyak kali buang, tapi tetap ada. Jadi, minta pada Dia. 

Agar Dia sentiasa jaga. Agar perasaan itu tak pernah luntur. Dan moga dia baik baik saja di sana.

Cukuplah aku bermadah. Gtg. Till here. //

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)