Crash.

5:37:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]


"Kau tahu?"

"Hmmm?"

"Aku heartless..... dah tak boleh rasa perasaan yang sama. Tawar dah."

"Baguslah. Simpan. Bila dah tiba masanya nanti Allah suntik balik la manis tu." Dia senyum pandang aku. Aku faham sangat maksud dia.

Aku tekup muka atas meja belajar. Parah! Dia mengeluh sebelum menyambung, "Kadang, kita kena terima, bukan semua yang indah tu halal."

"Kau tak rasa apa yang aku rasa." Aku menggumam rendah. Muka masih dimeja.

"Mana boleh pakai ayat macam tu. Memang la aku tak rasa apa yang kau rasa. Sebab ujian kita lain lain. Ujian aku, hanya aku yang rasa. Ujian kau, hanya kau yang rasa. Takke adil?"

"Emm......."

"Aku paling suka bila......." Dia berhenti tiga empat saat. Mencari respons aku yang sejak tadi hanya bisu je.

"Bila?" Aku terus angkat muka. Gaya excited habis nak dengar tazkirah dia.

"...... Bila Allah bagi ujian dalam bentuk kesakitan."

"Sebab?" Muka aku dah kelam tanda tak boleh hadam ayat dia dalam dalam.

Dia tarik nafas sebelum sambung. "...... Sebab, daripada kesakitan tu aku boleh bangkit. Kalau aku bangkit dari kepayahan, aku rasa aku macam taknak jatuh dekat tempat yang sama dah......" Dia bermain main dengan hujung tudung.

".......... Kalau nak jatuh untuk kali kedua pun, bagi la aku jalan dua tiga tapak kedepan dulu." Dia tarik sengih pandang aku.

Aku senyap je tunggu ayat dia yang seterusnya. "Berbeza sangat bila Allah bagi ujian dalam bentuk kegembiraan........"

"...... Kita takkan pernah sedar, dan tak akan sedar sebab kita tengah happy masa tu." Dia bangun berdiri dekat hujung tingkap. Pandang awan biru. "Kau faham kan?" Dia pandang muka aku mencari jawapan.

Aku sekadar angguk. Tak tahu nak cakap apa dah. Mungkinlah dah boleh hadam. Rasa lega dah ambik alih sikit sikit.

"Sekarang, jomlah bukak buku addmath. Nak exam dah ni." Dia kembali duduk dekat meja study sambil get ready dengan buku latihan dan kalkulator. Kertas dari fail putih bersih dia tarik. Untuk conteng jalan kira.

Aku senyum tawar. "Kejap. Kau tunggu aku solat dulu tau?" Aku bangun dari meja belajar. Siap siap untuk berwudhuk.

"Haaaa.... Bagus la. Luah banyak banyak tau dekat kekasih hati tu!" Sayup sayap suara dia dari luar bilik air.

Syukran sahabat. Sekarang, lega tu bukan sikit sikit dah. Tapi banyak. Allah Allah!

'Kalau nak cakap addmath tu berselirat kepala nak fikir, hati lagi la.'

**********************


Betul la. Selama ni kita lalai bila Allah uji dalam kegembiraan. Bila Allah kirimkan kesakitan baru kita sedar. Baru nak luah segala galanya dekat Dia. Masa kita gembira? Mana kita letak Allah?

Ingat, ujian ni Allah boleh kirimkan dalam pelbagai bentuk. Tak semestinya kita gagal tu adalah satu satunya ujian. Kita berjaya pun ujian jugak.

Dari segi apa Allah nak uji?

Nak tengok sejauh mana kita boleh kawal diri daripada riak ujub takabbur.

Takke tu pun ujian namanya? Macam aku cakap tadi. Ujian dalam kegembiraan. Kita tak sedar. Sebab masa tu kita tengah happy.

Bagi aku, dalam banyak banyak ujian, ujian hati la yang paling complicated. Payah nak faham tapi senang nak handle. Sebab apa aku cakap senang nak handle? Cukuplah hari hari kita diisi dengan bacaan quran, zikir, settle dah la. Emptiness dalam hati ni disebabkan tak letak Allah dekat tempat yang sepatutnya je.

Meh aku bagi satu analogi. Kita main puzzle. Tapi tak susun puzzle dekat tempat dia yang sepatutnya. Apa yang kita rasa bila tengok puzzle tu? Macam tak teratur je. Tak cantik. Macam tak kena. Rasa nak marah je tapi tak tahu sebab apa. Sama la macam hidup ni. Hidup ni ibarat puzzle. Bila kita letak sesuatu dekat tempat yang sepatutnya, baru rasa macam ringan je hati. Kan?

Allah
Rasulullah
Ummi Abi
Cita cita
Cinta. Ohoi!

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD