I'm back for good haha!

6:09:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

Hello hello hello? Rindunya nak update blog. Banyak sangat benda yang aku nak cerita dekat sini tapi selalu tak sempat. Ok tipu. :wower: Haha back for good ah kengkonon. Banyak kali jugak aku jenguk blog ni dengan harapan nak menulis sikit sikit tapi hampeh. Semua benda tak jadi. Apa yang aku nak tulis semuanya jadi blank. :pain:

Untuk pengetahuan semua yang nak tahu. Cehhhh. Hahaha. Banyak benda yang berlaku sejak dua menjak ni. Okay, first, aku join banyak gilak camp itu ini dalam masa dua bulan! :yummy: Letih tak letih tapi serious berbaloi. Tak semua orang Allah pilih untuk berada dekat sana.

Kem pertama yang aku join semenjak aku masuk sekolah menengah ni is.... hahaha ok over gaban ayat. Kem Nadwah Kepemimpinan Islam. Yang ni peringkat negeri. Okay, asal pulak aku duk sibuk sibuk cerita pasal peringkat bagai ni? Haaaaa. Alhamdulillah lepas aku pergi peringkat negeri, aku terpilih pulak untuk pergi ke peringkat kebangsaan dekat Kedah. Aku pun tak expect tau boleh terpilih. Aku dah lalui macam macam masa peringkat negeri. Ada gak yang memalukan. Tapi tak ah kalau nak cerita dekat sini. :sadder: tapi disebabkan benda benda yang memalukan tu lah yang ajar aku untuk jadi kuat dan lebih berkeyakinan cehhhh sembang kencang semedang je gua ni. Kem ni mostly ajar macam mana nak tonjolkan kebolehan bagi pengucapan awam. Spontan tau bukan ikut skrip. Ai dah nama pun pengucapan awam kan?

Then, yang kedua is Kem tunas remaja 1 Malaysia errr hapaperntah nama dia. Tak ingat dah. ==" Yang ni pun best. Kem n ajar macam mana nak jadi sasterawan negara. blogger-emoticon.blogspot.com Ceh, takde la sampai peringkat tu. Tapi memang diorang ajar la cara cara nak buat cerpen sajak etc etc. Yang aku tak boleh percaya sampai sekarang, for the first time aku buat cerpen and Alhamdulillah cerpen aku terpilih dan aku layak ke peringkat Kebangsaan pulak dekat melaka. :face64: Okay again? Yeah again! Ni la namanya rezeki Allah datang mencurah curah. :)

Orang lain pun tak percaya apa yang aku boleh capai. Inikan aku sendiri yang memang semedang je tak yakin dengan kobolehan diri sendiri. Rasa macam terharu gilak tau Allah pilih aku untuk pergi dekat kem kem tu. :face12:Okay, disini aku taknak lah cerita banyak banyak, nanti tak terbaca pulak. Memang la bagi sesiapa 'eh ni normal la weh. Jangan show off sangat'. Tapi tak bagi aku. Pengalaman bebz, mana nak cari tu? Dah la free free je tidur dekat hotel. Katil pulak sorang sorang je takyah share :face57:
.

Seeeeee? Kesimpulannya, Allah ganti sesuatu yang kita hilang dengan apa yang kita tak expect pun. Jadi bersabarlah. Timing yang Allah atur tu semua dah cukup thor-baik dah. :D

p/s : aku tahu smiley smiley semua tu comel. Haha! Click the freebies section and grab them now yaww!

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD