Blog dulu

2:16:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

Entry ni bukanlah ditulis dalam keadaan yang teramat emo tapi hampir hampir emo la. Dulu, aku tak gunakan blog dengan baik. Kalau tulis entry pun asyik tulis dalam keadaan yang tersangatlah emo dan terlalu mengikut perasaan.

Jiwang kutu kot aku masa dulu dulu. Masa tu dah acah acah matured la kengkonon tak menulis soal hati. Alih alih, berkajang post pasal hati! Memang la dulu rasa macam penuh dengan post islamik tapi baru sekerang aku faham. Post cinta bertopengkan islamik. Ciskek. Dah terpedaya dengan syaiton!

Haaaaaa... Dah emo balik dah. Fuh.. Astaghfirullahal 'azim

Bila baca balik tu rasa macam nak muntah pelangi je.

Terlalu emotional.

Orang kata, nak menulis ni kena guna emosi. Tapi bagi aku, tak boleh. Sebab kalau aku menulis dengan emosi, bila orang baca entry aku, semua akan mengalami simptom simptom kegagalan segala jenis saraf.

Antaranya,
menyampah
muntah pelangi
perut memulas
kekejangan otot

dan effect yang paling teruk ialah,
rasa nak baling laptop

But hold on for a sec, aku nak berikrar dulu.

Dengan ini, saya berikrar, saya tak akan menulis apa apa jenis entry yang berkaitan dengan perasaan dan kata hati sama ada dalam blog ini atau mana mana blog. Saya juga akan menggunakan blog saya dengan baik sekurang kurangnya sebagai saham saya diakhirat nanti. Saya akan cuba mengelak fitnah keatas diri saya dengan tidak menulis perkara perkara yang memburukkan orang sekeliling. Mana mana entry yang didapati berkait rapat dengan perasaan akan terus dihumban masuk kedalam kotak hitam.

Pehh. Dalam satu perenggan teruih. Hahaha.

Moga moga tak langgar prinsip lah ye. Allahumma Ameen.

Marilah kita memfokuskan kepada perkara perkara yang maha penting berbanding soal cinta selain Allah dan rasul! Anda boleh yeahhh insya Allah.


Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. InsyaAllah, semua orang akan melalui proses kematangan :) Good luck dear..

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD