2015

11:28:00 PM


Assalamualaikum.

Bismillahirrahmanirrahim.

First of all, Alhamdulillah untuk tahun baru. Walaupun dah lewat sangat dah ni tapi masih dikira entry terbaru dalam 2015. So, saya kena buat perangai elok elok dalam post. Ceh gitu. Eheh.
Banyak benda yang saya nak coretkan dalam blog ni.

Tapi disebabkan oleh kekangan masa, terpaksa la menyepi. Banyak sebenarnya idea tengah gasak kepala ni. Dengan idea untuk buat entry baru. Dengan idea untuk kembali menyambung menulis novel.

Bila dah masuk tahun baru ni, tak banyak sangat yang berubah. Kelas masih di blok yang sama. Kawan kawan masih sama. Hatta guru yang mengajar pun masih sama.

Harap harap saya pun masih sama. Masih diri saya yang mula mula merangkak hijrah.

Insya Allah.

Cuma ada beberapa perkara je yang berubah.

Hal hal kepimpinan. Hal hal belajar. Rutin harian.

Dalam bab kepimpinan, dah semakin bertambah tanggungjawab dan amanah. Upgrade dari transformer biasa ke optimus prime.

Gitu.

Plan saya tahun ni biasa saja. Taknak complex sangat.

Taknak fikir pasal nak apply university oversea dan hidup dalam angan angan.

Tetapkan dalam hati,

“Aku nak jadi doktor, dapat kat mana mana pun okay. Doktor belajar dekat mana mana pun sama. Tetap dengan tujuan yang satu, rawat fizikal dan rohani pesakit.”

Saya nak tolak tepi benda benda yang bukan bukan. Kata kata orang sekeliling. Fokus kepada study dan kepimpinan. Seimbangkan.

Taknak terlalu aktif dalam kepimpinan sampai abaikan kelas harian. Dan taknak jugak lepas tangan terhadap tanggungjawab.

Jaga anak anak buah. Tunjuk contoh yang baik.
Doakan saya kuat.

Batul la. Ujian Allah tu datang dalam pelbagai bentuk.

Dulu saya diuji dengan ujian hati. Alhamdulillah saya cuba kawal seboleh mungkin dan tepis sampai jadi zero. Dan resultnya, Allah beri saya kejayaan. Syukur.

Cuma sekarang, saya tak tahu, ujian bentuk apa yang Allah kirimkan. Mungkin sisa sisa ujian hati masih ada. Dan mungkin juga akan datang ujian semasa saya menjalankan tugas sebagai pemimpin.

Apa apa pun, moga moga saya dapat cari sebanyak mungkin hikmah dalam setiap ujian yang Allah beri. Sungguhla, ujian itu bukan melemahkan tapi menguatkan. Doakan moga moga saya tak tersungkur dan sentiasa thabat di jalan ini.

Ameen.

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD