UsrahTeam : Couple 2.0

12:01:00 AM

"Kau pernah bercouple?"

*tersedak secara spontan*

"Kenapa kau tanya?"

"Saja..tak boleh ke?"

Soalan yang tiada angin ribut hujan taufan tu sudah cukup membuatkan Syafa tersedak walaupun dia tidak minum air ketika itu.

"Tak.." Sepatah sahaja baris kata yang meluncur dari bibirnya.

"Kenapa?" Kini giliran Ainun pula bertanya.

Wajah sahabatnya itu dipandang sekilas sebelum satu helaan nafas dihembus.

"Okey..kau nak jawapan logik ke common sense ke religious?" Banyak pulak skema jawapan yang diberikan.

"Erm..logik dan common sense kot.." Amboi..bukan main tak confident. Nak jawab exam macam mana la ni.

"Secara logik fikiran aku yang sangat terbatas ni, aku tak rasa bercouple tu bermanfaat untuk aku. Sejak aku awal-awal remaja dulu pun aku tak faham kenapa orang bercouple. Aku fikir camni je. Aku tengok ramai yang tak kahwin pun dengan couple dia. Yang lebih parah lagi, yang jenis main tukar pasangan. Kalau kau la, kau suka ke kahwin dengan orang yang bekas orang lain? Common sense la kan? Even kalau kita nak beli barang pun bukan main lagi kita belek dan usha untuk pastikan barang yang bakal kita beli dan habiskan duit kita untuknya tu berbaloi dan berkualiti. Inikan pula pasangan hidup kita. Takkan kita taknak yang terbaik. Tapi, untuk dapatkan yang terbaik, kita kena jadi yang terbaik dulu." Syafa mula menulis sesuatu di atas kertas.

"Tapi ada je yang setia dan kahwin dengan couple dia. Lagipun macam mana kita nak tahu bakal pasangan kita tu macam mana kalau tak bercouple? Kan tak saje2 jadi mangsa dera dan sebagainya. Eii..tak sanggup aku." Ainun mula membayangkan jika dijodohkan dengan lelaki kaki pukul. Tak sanggup kot.

"Hurm..perkahwinan yang berlangsung atas dasar maksiat tak akan bahagia. Percayalah. Kalau bercouple, confirm orang tu pernah ringan-ringan atau bahkan mungkin berat-berat dengan couple mereka kan? Bila dah kahwin, akan rasa bosan dan mulalah penceraian atas sebab tak serasi dan tak ada persefahaman. Apakah? Bukan ke kata kahwin sebab dah kenal rapat, serasi dan faham each other? Lepas kahwin ke mana hilang semua tu? Tak faham aku dengan manusia macam ni. Ustazah Fatimah Syarha pernah kata, kalau kita couple 20 tahun pun, kita takkan kenal pasangan kita. Yang kita kenal hanyalah lakonannya sahaja. Bagi aku, tenaga pemuda patut dimanfaatkan untuk mengubati ummah yang tengah nazak, bukannya mencampakkan diri sendiri ke dalamnya." Syafa menarik nafas sebelum menyambung bicaranya. Memang dia pendiam, tapi sekali diberi peluang bercakap, memang tak ada lampu merah.

"Macam mana nak kenal jodoh kita? Come on la sahabatku Ainun yang terchenta. Islam itu tak jumud. Islam tidak menyekat naluri fitrah kita, tetapi Islam mengawal dan memandunya ke arah jalan yang betul. Memandulah di lorong yang betul kalau taknak terbabas dan accident *iklan*. Dalam Islam kan ada konsep taaruf. Tapi taaruf ni mesti ditemani oleh seseorang yang dipercayai seperti ibu bapa, murabbi, murabbiah yang sudah berkahwin ke. Jangan pula bertaaruf dengan berdua-duaan sama ada di dunia maya atau realiti. Masa ni ambillah peluang untuk bersoal siasat dan pastikan dialah yang dicari selama ini. Jangan lupa beristisyarah dan beristikharah. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Eh..panjang pulak aku ni..ada gaya macam ustazah pilihan tak?" Syafa sengih macam kerang busuk.

"Banyak la kau punya ustazah pilihan. Oh..baru aku tahu. Selama ni aku didoktrinkan, macam mana nak kahwin kalau tak couple. Padahal kat luar sana ramai je yang bahagia dengan bercinta lepas nikah. Dan bagi aku, mereka tu sweet giler. Ye la. Cuba bayangkan, kau tak pernah pun rasa dipanggil 'sayang', and then tiba-tiba dipanggil begitu. Mesti lain rasanya kan kalau kita dah rasa sebelum kahwin. Tak rasa nikmatnya. Tu baru panggilan 'sayang', belum lagi yang lain." Ainun mulai teruja. Tak sangka Islam ni sangat indah. Cuma ramai je yang buta.

"Pandai pun kau. Nampak gayanya kau pun ada potensi untuk jadi ustazah pilihan. Hehe.." Tak semena-mena satu cubitan hinggap di bahu kiri Syafa.

"Tapi macam mana dengan orang yang bercouple ala-ala Islamik gitu. I mean, tak pegang-pegang, tak pernah jumpa, mesej benda-benda Islamik je, kejut tahajud, tasmi' bacaan al-Quran etc. Lagipun aku ada dengar jugak ada yang couple sebab nak bimbing couple dia tu ke jalan yang benar." Ainun menantikan jawapan daripada Syafa.

"Ainun, tak ada istilah couple Islamik dalam Islam, okay. Aku paling pantang yang ni lah. Gunakan agama untuk menghalalkan perbuatan mereka. Zina hati nak letak mana? Takkan tak pernah terbayang macam mana rupa pasangan tu kan kalau tak pernah jumpa? Kau tahu tak, imaginasi lelaki ni menjangkaui 3D kot. Dan bab nak bimbing tu, kalau betul la dia nak pasangan dia kembali kepada fitrah, carikan seseorang yang sama jantina dengan pasangannya itu untuk membimbing si pasangan. Bukannya dengan bercouple dengannya. Nanti kan, lain yang nak bimbing, benda lain pulak yang dibimbing." Syafa menggelengkan kepalanya. Macam-macam dunia sekarang. Apabila maksiat dihias indah, beginilah jadinya.

"Kalau from religious view pulak?"

"Dalam surah al-Isra' ayat ke-32, Allah dah larang kita daripada mendekati zina. Mendekati pun dilarang. Apatah lagi benar-benar melakukannya. Perbuatan bercouple adalah langkah untuk menjerumuskan seseorang ke kancah perzinaan. Siapa tak tergoda kalau dah asyik bermesej romantik, berpegangan tangan dan sebagainya? Imam masjid pun boleh tergoyang iman. Sedangkan kita yang iman senipis kulit bawang ni.Apatah lagi sekarang ni zaman fitnah." Syafa menerangkan kepada Ainun. Dan Ainun hanya mengangguk tanda setuju.

"Habis tu macam mana dengan orang yang dah terlanjur bercouple disebabkan mereka jahil?"

"Nasihat aku, jika mereka dah betul-betul faham, mereka patut terus clash. No compromy. Kalau mereka rasa couple mereka tu baik dan soleh/solehah, sebenarnya mereka tertipu. Orang yang baik tak akan ajak orang yang dicintainya ke neraka dengan bercouple. Lepas clash, jangan lupa taubat sungguh-sungguh. ALLAH akan maafkan dosa-dosa kita walau sebesar mana pun dosa itu. Janganlah berputus asa daripada rahmat Allah (QS Yusuf:87). Kalau kita rasa dosa kita ni besar, ingatlah, pengampunan Allah lagi besar."

"Tapi mesti susah mereka nak tinggalkan couple mereka kan?"

"Senang je. Tinggalkan couple mereka macam mana mereka sanggup tinggalkan Allah waktu bercouple. Dengan Allah kita boleh tinggalkan macam tu je, takkan dengan manusia tak boleh?" Makan dalam betul ayat si Syafa ni.

"Allah..betul apa kau cakap tu..eh..kau tulis apa dari tadi?" Ainun tertanya-tanya apakah yang ditulis sahabatnya itu dari tadi.

"List perkara-perkara yang aku nak buat dan capai sebelum aku mati. Kalau aku tak sempat nak buat, kau tolong buatkan untuk aku ea. Kau kan sahabat aku dunia akhirat." Senyuman yang sehabis manis dilemparkan kepada sahabat yang tercinta. Kertas itu bertukar tangan. Tanpa diminta, air mata Ainun menitis.

*********

Saya dah tak tahu nak letak tajuk apa. Takpe takpe, yang penting isi.

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

1 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD