Bila tak sempurna

9:33:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]



“Hidup ni tak memerlukan kesempurnaan, sebab kesempurnaan hanya ada pada Pencipta.”

Bila aku keep repeating ayat ni, serta merta hati aku tenang dan terima semua kekurangan aku.

Bukan tak boleh baiki. Cuba cuba dan cuba. Walaupun sampai satu tahap, bila aku mencuba dan kesempurnaan tu takde pada aku, aku serahkan semua pada Allah.

Tipu la kalau tak malu bila diketawakan.
Tipu la kalau tak gabra bila ada part yang silap
Tipu la kalau keyakinan aku tak jatuh debumm tiba tiba.

Semua ada. Aku tak tipu.

Tapi aku selalu yakinkan diri aku, take a deep breath. Doa pada Allah dan teruskan segala benda yang aku tengah hadap masa tu.

Tak cool lah kalau berhenti tengah jalan.
Tak cool lah kalau putus asa sebelum selesai.

Tarik nafas.

Aku tak kisah pun kalau orang menyampah.
Aku tak kisah pun kalau orang rendahkan aku.
Aku tak kisah pun kalau orang cakap belakang.

Serious tak kisah.

Sebab aku tahu setakat mana yang aku mampu. Dan aku memang bersyukur dengan apa yang aku boleh buat. Memang kadang, aku rasa macam down down down.

Down dengan cikgu
Down dengan kawan kawan
Down dengan junior.

Down tahap petala kesepuluh.

Tapi, Allah tahu. Dia still bagi kekuatan. Cemana down pun, aku tetap boleh tepis semua perasaan yang tak penting tu.

Papepun, aku tak kisah dah. Kesilapan tu ajar aku bahawa takde benda dalam dunia ni yang sempurna, even kalau kita try cemana sekalipun.

Sebab hanya Allah yang layak pegang title kesempurnaan  tu.

P/s : Kadang, kita menulis, kita post entry, bukan sebab apa pun. Cuma nak buang semua lelah hati. Sebab pada aku menulis is my remedy. Tabahlah hati. Allah tahu kau kuat.

 Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

7 Commentor(s)

  1. sangat bernas perkongsian Fafa, In Shaa Allah kita sebagai hambaNya akan terus membaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. @anajingga terima kasih. Insya Allah. Yup baiki diri tu yang penting :)

      Delete
  2. Best sharing entry :)

    http://matalensajemariberceloteh.blogspot.com/2015/03/job-party-birthday-ruby.html

    ReplyDelete
  3. Memang kita manusia ni x sempurna, tapi kita kena sentisa buat yg terbaik. Buat la setakat yg termampu. Everyone has their own limitation. Nice entry btw. :)

    ReplyDelete
  4. betul betul betul . . . setuju dengan entry ni. like me =D. . . tak kisah

    ReplyDelete
  5. @Bro Ley limit saya sampai situ saja walaupun dah mencuba banyak kali. :'(

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD