Beza sama pada kita

7:41:00 PM

"Awak suka makan apa?"
"Saya suka makan nasi lemak.. awak?"
"Yeke? saya pun wak."

Adakah....
ini bermakna....
kita berjodoh? :O

Masya Allah ntahapaper pemikiran. 

Assalamualaikum brothers sisters :)

Bagi aku, kalau jumpa orang yang ada minat yang sama dengan aku, punya la happy tahap gaban. Mula la banyak benda nak borak. Tak kira la dia tu lelaki ke perempuan.


Bila cakap pasal anime, pang pang pang keluar semua tajuk anime.
Bila cakap pasal buku, keluar semua tajuk buku, tak kira la novel islamik ke, buku fiksi ke, english novels ke.

Makanan kegemaran
Reality shows
Blogger feveret
etc etc

Tapi aku nak habaq mai dekat sini, orang yang ada minat yang sama dengan kita tu tak semestinya jodoh kita. Apeke sempit sangat pemikiran tu hailahh.

Memang la dulu dulu ada jugak fikir, kalau banyak persamaan tu akan wujud keserasian total.

Gitu.

Lagi lagi zaman zaman ngorat. Punya la pulun tanya awak suka apa awak minat cerita apa. Bla bla bla...

T,T

Menangis berjemaah.

Papepun, kalau berjodoh dengan orang yang ada minat yang sama, kalau nak bawak sembang tu, ada la jugak yang nak melayan. Takde la kita je yang syok sendiri.

Yang penting sefikrah. Part paling penting dalam mencari calon. Ye dak?

Okay okayyy tutup kes. Sudahlah dahku melalut kerana dahku tak layak membicarakan hal sedemikian.

U.U

Kalau bab perbezaan pulak, bila sorang pemarah, sorang penyabar, bukan ke melengkapkan?

Sorang api,
Sorang air.

Sorang merajuk,
Sorang memujuk.

Perbezaan tu bukan sesuatu yang cacat. Tapi sesuatu yang indah bila kita saling bertolak ansur, memahami antara satu sama lain dan bekerjasama.

Ehem... *pegang mic*

Bila persamaan membina keserasian,
tak semestinya perbezaan buat kita saling menjauh.
Tapi hakikatnya,
perbezaan itu melengkapkan.

*sekian puisi dua kerat*

Aku tulis entry ni bukan sekadar untuk jodoh love thingy je. Aku apply untuk sahabat sebenarnya tapi entah melalut kelaut sampai masuk bab jodoh. Masya Allah sisterssss!

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. dulu pun ada gak fikir cenni.tapi bila dh besar skit,cuma fikir yg dia tuh bleh bwt kawan-sekepala.ahahah

    ReplyDelete
  2. @Joe Roslan haa kannn... betul betul. Tak semestinya sama minat, kita berjodoh. Haha.

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD