Pemimpin

7:30:00 AM

Assalamualaikum! Hai!

Back to past..... *flashback effect*

Bila cikgu baca list exco untuk pengawas, and bila tiba nama aku, i was like....
 

Serious macam nak pengsan tapi aku stay cool. Tunjuk muka pun takleh blah langsung.

Muka rileks T.T

Reaksi orang lain? T.T lagi teruk. Semua macam tunjuk muka 'aku-tak-expect-langsung-dia-dapat -jawatan-tu' dekat aku.

Dalam hati takyah cerita macam mana. This ain't my hope at all. Aku tak pernah berangan apa apa pun pasal jawatan. Redha je dengan apa yang aku dapat.

ok T.T

Jadi ketua pelajar.

Orang tengok memang la best. Markah pun dapat. Nama pun mungkin dapat. 

Tapi tanggungjawab dia besar kot. Dahlah aku ni agak antisocial. Lagi lagi dengan junior.

Ok sila nangis berjemaah sebab hampa dapat ketua lagu ni.

Kalau bab kena marah tu, dah jadi lali dah kot. Memang sejak form 4, 5 ni, kalau tak kena sound memang tak sah. Dugaan dia fuhhh Allah je tahu cemana hati meronta ronta nak nangis tapi terpaksa simpan.

Papepun setakat ni semua baik baik. Semua dugaan hapaperjela yang orang nak kata, nak kutuk, nak sound, insya Allah aku tepis.

Kuatkan hati. Nak jadi pemimpin takleh lemah lemah. Kena sado.

Allah pilih bersebab.

P/s : Dulu aku baca buku Hlovate-TUNAS, rasa macam best je hidup jadi headgirl. Lepas jadi headgirl ni memula memang tak rela, tapi aku ingat balik dialog addin dengan kucai :

Tak ingat dah cemana. Tapi lebih kurang macam ni.

"Nak tak nak kena terima. Cuba bayangkan kalau budak entahapaper yang ambil jawatan tu? Rosak."

Memang, aku pun tak semestinya baik. Tapi kita boleh ubah diri sendiri kalau dah ada kesedaran. Takke?

Beza aku dengan addin, aku bukan penjenayah sekolah kelas satu. Aku budak skema kelas satu haha XD

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. Awak dipilih sebab awak mampu nk pimpin para pelajar :) :)..you can do it headgirl!. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD