UsrahTeam : Bila Allah rindu

12:29:00 AM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

Dah lama tak share isi usrah. Asyik tulis benda benda yang tak sepatutnya. Lagha je lebih.

Istighfar.

So lets start our usrah entitled 'Bila Allah rindu'. Ceh ceh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Pernah tak tiba tiba rasa sebak?
Pernah tak tiba tiba rasa sedih?
Pernah tak tiba tiba rasa rindu?

Tapi tak tahu kenapa. 
Tak tahu sebab apa.

Nak tahu kenapa?
Meh sini. Nak habaq mai.
Shhhh.... Ni secret tau. Eherr

Rahsianya ialah....
Drumroll !!!

Itu tandanya Allah rindu, sayang. :)

Allah rinduuu rintihan kita. Allah rinduuuu doa kita. Allah rinduuuu hajat kita. Cuba ingat balik. Bila kali terakhir kita bermunajat sepenuh curahan hati kita pada Allah?

Semalam?
Kelmarin? ..
Minggu lepas?
Atau...
Tak pernah langsung?

Allah. Allah..

Bila tiba-tiba rasa nak menangis. Sebak rasa macam tak kena. Ingatlah. Allah sedang merindui kita. Mungkin dengar nasihat, rasa teruntun hati tu. Padahal takde ayat touching pun. Tapi kita yang over over nak sebak sebak pulak

Tak... Sebenarnya itu rasa Allah yang bagi.

Bila kita rasa sedih, sebak nak menangis, cepat cepat pergi toilet. Cari paip. Bukak paip.

Eh nak buat apa ni? Mandi?

Taklah. Kita nak buat benda senang ni. Tak sampai 10 minit pun.

Nak buat apa? Ambil wudhu'. Masa ambil wudhu' tu hayati setiap titisan air yang jatuh pada anggota wudhu'. Konfem makin lebat hujan air mata. Sebab apa? Sebab nak pergi jumpa Allah la ni.

Then, hamparkan sejadah.
Solatlah.
Doalah.
Mintalah.
Menangislah.
Merintihlah.
Luahlah.

Cakaplah apa yang kita nak cakap.
Allah sentiasa dengar. Allah rindu tu. Sebab tu Allah bagi rasa sedih tu.

Nah. Lepas siap mengadu. Mesti rasa lega. Sebab Allah dah dengar rintihan kita. Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang. 

Walaupun takde bahu untuk bersandar untuk melepaskan rasa sedih kecewa marah, tapi ingatlah, kita masih ada tempat untuk bersujud. Kita masih ada Allah untuk mengadu segala masalah.

Walaupun kita jauh dari manusia, kita masih ada Dia.
Pegang dada, rasa....
cakap pada hati, "Allah dekat dengan aku."

Jangan sesedih, Allah selalu bersama kita
La tahzan. Innallaha ma'ana.


Moga Allah RedhaWallahu'alam

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

2 Commentor(s)

  1. betul sgt tu..tetiba sebak baca ni..

    walau jauh dari manusia tp Allah selalu dekat dengan kita..

    ReplyDelete
  2. @Aniey Yusoff betul tu. Semoga Allah sentiasa guide kita dan tarik kita bila tersasar. Aamin.

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD