Giving false hope is a crime?

5:18:00 PM

Assalamualaikum readers. Wassup ? Iman macam mana ? Sihat tak dia ? Alhamdulillah kita masih lagi bernafas hari ini. Maka nikmat Tuhan yang mana satu yang kamu dustakan ? [ 55:42 ]

______



Begnya dicampak ke tanah sebelum duduk disebelah aku. Aku hanya membiarkan dan masih focus pada differentiation dan integration.

“Aku letih la.” Keluhan kecil dilepaskan.

Aku mengangkat kening memandangnya. “Kau letih study ke?”

“Tak.”

“Dah tu?”

“Letih jaga hati.”

Kening diangkat lebih tinggi.

“Kau tahu tak hari hari aku kena hadap benda yang sama. Sakit tahu sakit.”

Apa berat sangat budak ni tengah pikir. Pen ditangan diletak. Buku addmath ditutup. “Nak share?”

Sepi.

Dia mengeluh “Apa yang kau rasa kalau orang tu buat kau macam kau ni takde hati? Heartless?”

Aku hanya menunggu dia bukak mulut. Taknak paksa. Biar dia luah sendiri.

“Dah kalau anggap kawan tu, layan lah aku ni macam kawan. Jangan gedik sangat boleh tak? Takyah nak caring melebih. Takyah nak cucuk ayat diabetis. Kau tau tak selama ni aku tahan je hati aku ni? Tapi makin lama dia makin melampau. Dia buat aku macam anak patung. Kutip main campak sesuka hati. Dia ingat aku takde perasaan? Takde hati?”

Soalannya aku biarkan sepi. Aku tahu, dia bukan perlukan jawapan tapi dia nak luahkan semuanya.

“Memang dia tak cakap yang dia suka, dia rindu. Tapi…. Dia tak sedar ke cara dia cakap, text yang dia hantar…. Buat aku berharap.”

“Qila.”

“Aku letih la dengan semua benda bodoh ni. Aku tak tahu nak salahkan siapa sekarang ni. Nak salahkan dia atau aku yang tak reti bahasa. Kenapa lah hati aku ni lembut sangat? Cepat perasan. Setiap benda yang dia buat, mesti aku rasa tersentuh. Bodoh kan? Padahal dia anggap aku biasa biasa je. Aku je yang lebih lebih. Aku… Aku tak boleh kawal happy aku bila dia text aku. Bila dia call. Bila dia ambik berat pasal aku. Walaupun semua tu hanya atas dasar kawan semata-mata.”

“Qila, you’re rambling.”

“No…. Aku yang tak reti jaga hati. Aku yang terlanggar tembok friendzone. Dan akhirnya aku…. Terjatuh suka. Haritu… aku… aku… dapat tahu dia dah jumpa right person dia. Allah je tahu cemana pedihnya hati aku. Dia tinggalkan aku macam tu je. Senyap. Sepi. At least, ingat la dekat aku, kawan dia. Ini tak, dia tinggalkan aku terkapai kapai dengan harapan palsu.” Tangannya ditekup ke muka. Aku nampak bahu dia terhinjut menahan diri daripada nangis.

“Beb… Kau tak boleh lemah macam ni.” Pandangan ditala ke langit biru. Dia masih macam tadi. Gelak ketawa kanak kanak yang bermain di taman petang itu tak diendahkan.

“Dengar sini.” Aku membetulkan duduk menghadap dia. “Ada sebab kenapa Allah cipta rules and regulations dalam perhubungan lelaki dan perempuan. Sebab ni lah. Sebab Dia taknak hamba Dia sedih macam kau sekarang. Tak ke rugi nangis sebab orang macam dia?”

“Dah tu… sakit sangat.”

“Nah… Trust me, it keeps hurting you till you remove him from your heart. Biarkan Allah ganti tempat tu. Dari awal lagi sebenarnya kau patut buat macam tu.”

“But giving false hope tu kejam kau tahu tak?”

Aku hanya tersenyum. “Dulu masa kecik kecik, aku selalu gak lah lambai tangan dekat kapal terbang. Walaupun aku tahu diorang tak nampak aku, aku tetap gigihkan diri melambai. Tapi hampa, diorang buat tak tahu je.” Aku mendongak memandang langit sebelum memandang dia semula. “So, dari situ aku belajar, tak guna pun kejar or terhegeh hegeh dekat orang yang tak pernah nampak kehadiran kita. Kau boleh relate en?”

Sepi. 

Dia hanya memandang aku dengan pandangan kosong. Aku menarik nafas sebelum menyambung. “Aku quote imam Syafi’e, dia ada cakap, bila hati kita terlalu berharap dengan seseorang, contohnya, kau harap dia suka kau balik, Allah akan campakkan rasa pedihnya berharap dekat manusia. Nak tahu sebab apa?”

Dia mengangguk macam budak kecik dan buat aku tergelak kecil. “Sebab Allah taknak kau letak pengharapan selain DIa. Dia sayang. So, finally, kau akan letak pengharapan dekat Dia balik.”

“Beauty…..”

“Kan? Beauty……”

Dia mula tersenyum. Walaupun aku tahu dia terpaksa. Tapi heh, leks lah, redha tu makan masa aite?

“So, aku kena belajar untuk bahagia la walau tanpa orang yang aku harapkan?”

“Yeah bebeh! Absolutely. Sebab pada akhirnya, harapan kita seharusnya pada Allah, Cuma Dia. No other.”

Dia menarik nafas dalam dalam sambil menala pandangan pada kanak kanak yang sedang bermain.

“So, shall we?” Dia mula bangun dari duduknya,

“Hang nak pi mana?” Aku mengerutkan kening. Apa minah ni tetiba sedih then act macam takde apa apa jadi.

“Solat lah. Kan Dia dah panggil tadi?” Senyum.

Aku membalas senyum. That’s my girl. Sado.

_______________________________

“Weh, masa kecik kecik dulu kau lambai dekat kapal terbang. Dah besar ni kau pernah lambai dekat orang ke tak?”

“Sheeshh. Pernah je.”

“Dia nampak tak?”

“Entah.”

“Ke dia dah balas?”

Senyum.
  
_______________________________

So, lastly, apa yang patut, perlu, seyogianya kita buat is just cut off that feeling. 

Feeling apa? 

Rasa berharap pada benda yang tak pasti.
  
Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa




You Might Also Like

1 Commentor(s)

  1. Yeah betul! Letak harapan pada Allah dulu.. hehee (:

    ReplyDelete

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD