takde tajuk?

11:54:00 PM

Dulu, aku teringin nak duduk atas. Siang malam doa kat Tuhan agar Dia beri aku kedudukan tu.

Tu waktu dulu. Waktu tak matang. Sumpah tak matang.
Dan akhirnya, doa seorang anak kecil yang masih bersih dari dosa, Allah makbulkan.

Waktu form 5, Allah anugerahkan aku amanah itu. Pahit manis, jerih payah waktu pegang amanah yang berat seperti tu, hanya Allah yang tahu.

Setiap kecewa.
Setiap tangis.

Setiap segala benda, semua aku dah rasa time aku pegang dulu.

Orang cakap, jawatan tu buat kita nampak gah.
Jawatan tu buat kita dipandang tinggi.
Dan tak lupa jugak, jawatan tu naikkan markah ko-ko.

Tapi bagi aku, cukuplah pengalaman itu, hanya sekali je aku rasa. Lepasni, aku nak sembunyi. Tanak terlibat langsung.

Sebab aku punya kelemahan sebenarnya. Yang aku cuba baiki, dan akhirnya aku banyak kali gagal, walaupun terkadang tu, ada jugak yang berjaya so-so.

Bila aku masuk matrik, entahlah, sekali lagi Allah letak aku dalam kepimpinan. Serius, kalau dulu, aku cuba untuk jalankan kerja aku, kecuali yang satu ni, aku selalu lari. Lari lari lari, sampai aku lolos daripada kerja tu.

Spontan, bercakap seperti seorang pemimpin, mengarah.

Sumpah, itu satu kelemahan paling besar aku.
Aku tak tahu lah, sebab malu ke, terlalu menjaga ke macam mana.

Sebab, kalau dalam kelas, ada presentation, atau depan semua budak sekolah sekalipun, aku memang berani gi depan. Atau suruh la aku cerita apa apa je depan kelas, aku boleh buat. Hatta speaking. Atau jadi mc.

Jadi, aku tertanya tanya, sebab apakah kalau bukan malu?

Sampai sekarang aku tak pasti.

**peluh besar. Sekarang, izinkan aku untuk post satu je apa yang aku pendam seluas luasnya dalam ni. Jangan muak atau pening. Sebab aku tak tahu nak campak mana dah semua lelah ni.

Dulu, aku dah post dah pasal ni. Tapi entahlah, rasa nak post sekali lagi, yang lebih open. Sebab aku tahu, takde orang nak baca pun en.

ok. tarik nafas.

Bila di matrik, aku try pilih biro je. tanak pilih yang atas atas. tu pun biro ict, kepakaran aku. serius aku ingat dah habis dah waktu kepimpinan aku, rupanya tak.

serius tak. rupanya, kepimpinan aku baru je nak bermula.

rupanya, kalau nak islam tu naik, cuba kuasi tampuk kepimpinan. sebab apa? sebab, melalui jawatanlah, kita boleh kuasi semua. hatta, nak wujudkan biah solehah di sesuatu tempat pun, kena melalui pemimpin adui paham dok apa yang aku cuba sampaikan?

contohlah, kalau anda adalah student biasa biasa, anda boleh larang ke kalau pengerusi nak buat sesi karok kat tempat anda?

hah. paham doh situ?

sebab tu lah, berbalik kepada apa yang aku cakap, kepimpinan dalam islam tu penting. cuba bayangkan mereka yang tak sefikrah dengan kita yang memimpin, bagaimanakah keadaannya nanti?

**maaf, kalau post ni ada bau bau pelik. harap yang tak tahan tu, sila tekan ctrl+w terus. sebab aku dalam proses nak menyambung nih. tekan itu saja, jangan block noh. hehe. ^^V

di matrik baru aku dapat kesedaran tu.
 
nak fikirkan semua benda ni buatkan aku rasa macam tanak fikir apa apa. rasa macam.... mungkin kalau aku redah je boleh?

********************

aku dah cuba untuk atasi atasi dan atasi. macam yang aku dah tulis kat atas tu lah. ada yang aku rasa gagal, dan ada yang tak.

kadang tu, kalau aku cerita dekat someone, ada yang suruh aku cuba lagi. hadui. aku tak tahu dah nak cuba tang mana dah. tang atas ke tang bawah ke, kiri kanan? still tak nampak lagi jalan keluar secara total. ya, total!

ada jugak yang suruh aku berhenti terus. dah aku tak boleh, buat apa nak teruskan? haaaa lebih kurang begitu lah ayat dia.

tapi, malam tu, ada satu lagi momen momen dimana hamba Allah ni buat aku sedar dengan lebih dalam lagi,

"ana malu sebenarnya sebab adik adik ana ni adalah pemimpin. ada yang ketua pengawas. ada yang timbalan pengawas. macam macam."

and the rest is history.

dan aku sangat tersentap dengan ayat atas tu. serius rasa macam malam tu, dia tengah cakap kat aku sorang je. semua point yang penting penting, semua kena kat aku.

huhu aduhlahh parah dah hang ni. ayat yang umum pun, rasa macam untuk diri sendiri.

**jentik dahi sendiri. sedar!

.....

entahlah. masalah berzaman zaman kottt! entah bila nak habis pun aku tak tahu. maknanya, aku sendirilah ni yang kena paksa diri sendiri untuk teruskan.


buang segala benda yang aku perlu buang. improve apa yang patut.

sebab, aku tahu sangat lah, ada makhluk makhluk lain yang cuba buat aku lari daripada jalan ni, dengan momokkan aku dengan kelemahan kelemahan diri aku.

mungkin 'dia' nak aku fed up dan terus berhenti. terus blah. terus futur.

dan aku sedang mencari hikmah bagaimanakah yang Allah ingin aku lihat dengan meletakkan aku pada kedudukan ni.

cuma...... caranya bagaimana?! itu yang aku tengah struggle gila gila untuk cari.

Kaliannnn! doalah untuk aku terus kuat!

p/s : anggaplah ini bukan post dari penulis blog tapi dari sisinya yang lain. eh boleh ke macam tu? haha hapaperjerlah. *emoji mata keatas
p/s lagi : weh seriuslah aku malas nak tekan shift+letter untuk capital kah!
p/s lagi lagi : kekoknya menulis. dah rojak sangat dah ni bahasa aku. 

Okay. Syukran. Adieu. Ma'assalamah wa Ilalliqa' hamba hamba Allah sekalian.
Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD