Ukhuwwah ini manis kan?

12:34:00 AM

Salam 'alaikum!

"Kau tahu nikmat apa yang paling aku syukuri setelah bersama tarbiah ini?"

Ukhuwwah!

Ukhuwwah itulah yang aku temukan dalam halaqah tarbiah ini, dan tidak akan mampu digantikan oleh apa pun.

Aku sangat beruntung sekali “terjebak” ke dalam dunia yang penuh dengan ganjaran dari Tuhan ini.

Oleh itu teman setarbiahku,

Kau pautlah kembali saat kau melihat diri ini sedikit demi sedikit, menghilang dari pandangan kau.

Buktikan kalam cintamu padaku!.

Buktikan keimananmu dengan ikatan ukhuwwah ini.

Paut aku kembali, pleaseee.

#TaujihatJiwa

******

Sumpah. Ukhuwwah ini sangat manis.

Tak. Aku tak membezakan dunia aku yang dulu dan sekarang. Sungguh. Tapi, itulah hakikatnya.

Kalau dulu, sangat susah untuk aku cari sahabat yang sefikrah. Semua kena pendam sorang sorang.

Mungkin memang salah aku. Aku insan yang sepatutnya mewujudkan biah solehah itu, tapi dengan aku sekali tak kuat. T.T ya Allah. Ampunkan hambaMu yang lemah.

Sekarang syukur, aku tak kuat sorang sorang. Ramai lagi akhowat kat belakang. Tepi kiri kanan atas bawah.

Yang paling best, waktu subuh, bila perlu kejut akhowat untuk bangun solat jemaah.

Sungguh, bila bersahabat kerana Allah, bukan atas apa apa kepentingan, ukhuwah tu jadi betul betul manis. Sampai, kalau tak jumpa, rinduuuuu.

*lempar bunga ros.

Ahh tanak diabetis dah. Huuuu

Buat mereka yang pernah menjadi dan sedang menjadi sahabat aku, maaf kerana aku tak mampu memimpin kalian. Sungguh, aku sendiri tak kuat. Aku sendiri perlu dan harus dipimpin untuk terus kuat.

Kawan, teman, sahabat, semoga Allah menghantar sesesorang untuk kalian. 

Bismillah. Dan, sekarang, kerana Allah aku akan terus kuat!

Terima kasih Allah. Sebab hantar mereka.

Assalamualaikum
Blog Author : Fafa Kyraa

You Might Also Like

0 Commentor(s)

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD