Another Her 3


"Kau ni memang cari orang bila kau perlu je eh?

Mesej itu dibaca berulang kali. Liur dikerongkong terasa pahit. Tapi beberapa saat kemudian dia mengukir senyum.

Sabar. Ini ujian untuk dia terus bermujahadah.

Ya, salah dia. Dia yang hanya menghantar personal message bila dia memerlukan mereka atas dasar kerja. Tak lebih.

Formal.
Padat.
Singkat.

Dan dia dituduh begitu.

"Weh! Dasae hipokrit!"

Mesej kedua dibaca. Kali ini lebih tajam. Macam belati.

Mereka, ada yang faham, ada yang hormat. Tapi kalau yang tak faham, ayat ayat begini lah yang dia terpaksa hadap.

Dia yang akan mengakhiri perbualan. Tak kisah sama ada ia tergantung. Tak terkesan sedikit rasa bersalah langsung.

Dan dia hanya bercakap bila perlu. Adakalanya memang dia malas langsung berurusan jika memang dia masih boleh cari jalan lain.

Dalam meeting, dia takkan bengkang bengkok, atau selitkan jenaka sambil sambil tu. Tak. Malah, dia cuba tepuk karpet, "Bincang straight to the point boleh tak?"

Dan dia bahagia dengan caranya.

Dia cuba buang satu ayat ni "old habit die hard huh?"

Tak. Dia bukanlah dia yang dulu.

Cukuplah untuk kali itu.

Sekurang kurangnya, dia mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD

Instagram