"kamu mampu"

Assalamualaikum readers.

Orang kata, sesuatu yang diluar kemampuan tu jangan dipaksa.

Orang kata lagi, kalau kita tak cuba macam mana kita tahu kita mampu atau tidak?

Jujurlah, untuk mencapai tahap yang aku berada sekarang, banyak yang aku kena hadap. Ya, bagi aku setiap orang ada pace masing masing.

Cukuplah aku sendiri nilai sejauh mana aku dah berlari, berjalan dan merangkak. Cukuplah Allah yang menilai segala jerih perih aku untuk sampai ke tahap diri aku yang sekarang.

Manusia sekeliling takkan tahu struggle kita. Mereka hanya melihat diri kita yang sekarang. Jika mereka nampak kelemahan kita, terus mereka bagi statement "Ya kamu boleh improve."

Kalian, untuk berada pada tahap ini pun sudah banyak yang aku perlu korbankan. Maka, izinkan aku untuk meniti diatas laluan yang Tuhan hamparkan untukku.

Kalian, aku selesa dengan apa yang Tuhan kurniakan untukku. Maka, izinkan aku bersyukur dengan apa yang ada.

Kalian, aku sudah cuba semampuku untuk terus maju, improve diri dari hari ke hari. Maka, takpelu kalian tolak aku ke hadapan sehingga aku jatuh. Aku takut aku tak mampu untuk bangun lagi.

Kalian, bersederhanalah dalam 'menolong' aku untuk terus maju.

Aku sendiri tahu akan kemampuanku, aku tidak perlu kalian untuk mengatakan "kamu boleh". Kerana ada sesetengahnya, walau aku tidak mampu, aku akan cuba.

Aku hanya perlu kalian untuk mendengar, yang aku tak mampu.

Untuk menentukan aku mampu atau tidak, biar aku sendiri. Kerana aku yakin Tuhan akan selalu ada disetiap langkahku, hatta ketika aku rasa aku tidak mampu. Kerana aku yakin, Tuhan meletakkan aku diposisi ini, bukan untuk merosakkanku, tapi ia adalah yang terbaik untukku.

Ya, aku yakin, aku pun punya 'pace' sendiri. Aku cuma perlu berusaha untuk mengekalkan momentum 'pace' ini.

Kalian, terima kasih, kerana aku juga yakin, statement "kamu mampu" itu adalah datangnya dari Tuhan juga, melalui kalian.

**senyum

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum
Feel free to put your thoughts here XD

Instagram